
Oh! Artis
Reaksi Anak Shuib Bila Watie ‘Demam Rindu’ Dengan Cik Tunang
Oleh
Lebih kurang sebulan lagi, pasangan merpati dua sejoli Shuib dan Watie akan disatukan dalam satu majlis yang dijadualkan berlangsung pada 23 Jun 2023. Sudah tentu kehadiran Watie akan menjadi pelengkap dalam kehidupan pelawak itu dan empat anaknya.
Di Instagram, Watie memuat naik video sempena ulang tahun kelahiran anak perempuan tunggal Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra. Dalam rakaman itu, Watie dilihat mesra bermain ‘doktor-doktor’ dengan Talita yang lebih mesra dipanggil Dekta.
Dekta yang menjadi doktor bertanyakan Watie sakit apa, Watie menjawab demam rindu terhadap encik tunangnya iaitu Shahmira Muhamad.
Watie ucap hari jadi

Dekta tersipu malu meminta pesakitnya supaya berjumpa dengan tunang untuk mengubati sakit demam rindu membuatkan Watie ketawa besar.
Di ruangan kapsyen perkongsian itu, Watie berterima kasih kerana Dekta sentiasa menjadi penghibur dan menemaninya ke mana sahaja.
Dekta juga sentiasa mempertahankan dan menangis untuk Watie apabila Shuib garang. Lebih mengharukan apabila Dekta dan adik beradik yang lain sudi menerimanya sebagai ibu.
Nampaknya Watie dan anak-anak Shuib memang akrab kan? Didoakan semoga semua urusan berjalan dengan lancar.
Kredit: Instagram Watie
