Connect with us

Oh! Media

Perang Olok-Olok Dan Petik Nama Artis Jadi Jeneral Perang, Azhar Sulaiman Teruk Dihentam

azhar sulaiman

Oh! Artis

Perang Olok-Olok Dan Petik Nama Artis Jadi Jeneral Perang, Azhar Sulaiman Teruk Dihentam

Walaupun teruk dihentam netizen, pelakon Azhar Sulaiman masih tidak serik dan terus bercakap soal strategi perang di Palestin menentang pendatang haram Israel.

ADVERTISEMENT

Kali ini lebih parah apabila Azhar meminta netizen untuk membayangkan sekiranya berlaku perang di Malaysia, siapakah ketua Jeneral perang yang akan dipilih untuk membuat strategi.

Antara nama artis yang dipetik adalah dirinya sendiri, Catriona Ross, Faizal Tahir, Sharnaaz Ahmad dan juga tidak ketinggalan, ‘Azhar Sulaiman Haters’.

azhar sulaiman

Perang olok-olok. Kalaulah ada peperangan, you nak pilih siapa diantara kami untuk membuat strategi peperangan? Silalah buat undian anda.

Gara-gara hantaran tersebut, ramai netizen tampil mengecam pelakon drama Budak Tebing berkenaan dan memintanya untuk berhenti membuat ‘content’ seperti itu.

Namun begitu, Azhar tetap tampil mempertahankan diri di mana dia berkata bahawa dia sudah cuba mendiamkan diri namun masih ada pihak yang menghentamnya.

Saya dah diam, orang masih nak hentam saya. So kita pilih senang.

Antara komen yang menarik perhatian adalah ada yang beranggapan Azhar Sulaiman gemar mencari perhatian dan merupakan artis Gred C.

Kredit: Instagram

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas