Oh! Artis
Penyanyi ‘Bea Soba Bea’ Kini Ada Kelab Peminat Di Penjara, Menyanyi Bersama Pada Waktu Tertentu
Pada
Oleh
Penyanyi dikir barat yang ditangkap bersama lima lagi rakyat Malaysia di Thailand pada 1 November lalu dilaporkan sudah kembali ceria dan bersemangat.
Memetik laporan Harian Metro, penyanyi yang dituduh memiliki 6,000 pil kuda kini mendapat perhatian unik di Penjara Wilayah Narathiwat, Thailand.

Mana tidaknya, menurut Pakar Pengurusan Jenayah Penjara Wilayah Narathiwat, Panata Yononarongdetkul, penyanyi berkenaan sudah mempunyai kelab peminat tersendiri dalam kalangan banduan wanita di penjara tersebut.
Ada antara mereka meminta pihak penjara memuat turun lagu penyanyi itu dan memasangnya sebagai hiburan mereka.
Difahamkan, kelab peminat itu baru je ditubuhkan dan mereka akan menyanyi bersamanya pada waktu tertentu.

Daripada sokongan yang diberikan, penyanyi berkenaan dilihat semakin kuat dan yakin untuk kembali kepada para peminat.
Selepas lawatan pihak media Malaysia pada 21 Disember lalu, penyanyi itu kelihatan makin gembira dan seolah-olah dia mendapat suntikan semangat yang baru.
Untuk rekod, penyanyi itu ditahan bersama lima rakyat Malaysia lain di sebuah hotel di bandar Sungai Golok. Polis mendapat perintah mahkamah untuk menahan mereka selama 84 hari bagi membantu siasatan.
Walaupun berada dalam situasi paling mencabar, seseorang boleh bersemangat dengan suntikan emosi dan semangat yang padu. Namun, kita juga harus berhati-hati dengan tindakan yang boleh membawa kesan buruk kepada diri dan masa depan. Ingatlah, pilihan kita hari ini menentukan arah hidup esok.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Anees Ayunie jelaskan maksud ‘perit bantu orang miskin’ selepas luahannya mengenai bantuan kewangan menjadi perhatian.
Siti Nordiana terkejut wajahnya disalah guna dalam foto AI tidak senonoh yang tersebar menerusi TikTok.
Nama Sarah Yasmine kembali menjadi bualan selepas tangkap layar dan hantaran “Sarah Who?” mencetuskan tanda tanya...
Aisar Khaled mencuri perhatian selepas meminta orang ramai mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.
Jenny Besut mula membuat bayaran bagi hutang RM160,000 yang didakwa oleh Al-Amin, dengan RM1 sebagai bayaran...