Connect with us

Oh! Media

Pentas Belum Siap, Radhi Terdesak Pinjam Ah Long RM50,000 Demi Konsert OAG 30 Tahun

radhi oag

Oh! Artis

Pentas Belum Siap, Radhi Terdesak Pinjam Ah Long RM50,000 Demi Konsert OAG 30 Tahun

Vokalis kumpulan OAG, Radhi mendedahkan dia terpaksa meminjam RM50,000 daripada ah long kerana menghadapi masalah kewangan untuk mementaskan Konsert OAG 30 Tahun Generasiku, Disember tahun lalu.

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Buletin TV3, Radhi berkata, keputusan itu diambil selepas dia mendapati pentas masih belum siap kira-kira jam 3 petang pada hari konsert berlangsung.

Radhi terdesak pinjam ah long kerana tak cukup bajet

radhi pinjam ah long

Jelasnya, pentas tak dapat disiapkan kerana masalah bajet. Dia terpaksa meminjam kerana mahu meneruskan konsert biar tahu ianya bukan idea yang baik.

Pada hari itu juga, ah long datang dari Pulau Pinang dan bawa wang sebanyak RM50,000.

Wang itulah digunakan untuk membina set di pentas dan persiapan lain konsert. Kalau tidak, memang tidak akan berlaku apa-apa pada malam itu.

Radhi secara jujur mengaku, tiket konsert 30 tahun mereka tak habis terjual kerana kekangan masa. Malah, banyak tiket diberikan secara percuma sahaja.

Bayangkan, promosi untuk konsert dibuat dua bulan sahaja ditambah pula dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ketika itu, jadi, tiket tidak terjual.

Kata pemilik nama Muhammad Radhi Razali, masalah sebelum konsert mungkin menjadi punca pemain dram, Qi Razali meninggalkan kumpulan itu. Namun, mereka tak bersengketa dan menghormati keputusan dibuat Qi.

Kredit: Buletin TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas