Oh! Artis
Pengurus Fazura Bengang, Pelancaran Lagu Duet Fazura Dan Fattah Ditunggang Pada Masa Begini
Iman Tang, pengurus kepada pelakon Nur Fazura, menafikan mereka tahu tentang pelancaran lagu duet Bertahan Demi Cinta bersama Fattah Amin yang dijadualkan Khamis ini.
Dia menyatakan waktu pelancaran itu tidak sesuai dan menepis dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan berita perceraian dengan gimik promosi lagu.

Apa yang saya tahu, perkara ini mungkin terjadi bila berita (perceraian) ini dah kecoh. Ini bukan masa yang tepat dengan tajuk lagu pula begitu.
Sebab akhirnya orang akan ingat mereka sekadar nak jual lagu, gaduh-gaduh, rupanya nak jual tudung atau sambal ikan bilis.- Katanya.
Iman juga mengkritik label tersebut, mengatakan mereka “menangguk di air keruh” dan mengambil kesempatan.

Sebagai orang Islam, kita tak minta, tapi hormatilah kalau seseorang melalui masa sukar. Jangan ambil kesempatan. Pakai otak!- Tambahnya.
Fazura dikatakan tidak bersetuju untuk melancarkan lagu itu kerana ia sudah dirakam lama. Iman menegaskan.
Kalau Fazura promosi lagu itu, saya akan marah sebab cara ini tak betul. Soal perceraian bukan bahan jenaka untuk diambil kesempatan.- Jelasnya lagi.
Lagu Bertahan Demi Cinta yang dirakam awal tahun ini juga merupakan runut bunyi bagi drama Hero Seorang Cinderella yang dibintangi Fattah, Fazura, dan anak mereka, Fatima Aisya.
Syarikat rakaman Hits Record dari Indonesia memaklumkan lagu itu akan dilancarkan pada 10 Oktober di semua platform digital.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM