Connect with us

Oh! Media

Penat Dengar Spekulasi Sembarangan, Nad Zainal Nafikan ‘Orang Ketiga’ Punca Cerai

Oh! Artis

Penat Dengar Spekulasi Sembarangan, Nad Zainal Nafikan ‘Orang Ketiga’ Punca Cerai

Tak ada angin, tak ada ribut, kita dikejutkan dengan berita mengenai pelakon jelita, Nad Zainal, 32, yang dilaporkan sudah bercerai bersama suaminya setelah tujuh tahun menjalinkan rumahtangga.

ADVERTISEMENT

BACA: Tiada Lagi Foto Dengan Suami, Nad Zainal Sahkan Sudah Bercerai

Meskipun sudah bercerai, Nad Zainal memaklumkan bahawa dia dan suami masih lagi berhubung dan berkawan demi kebaikan dua cahaya mata mereka.

Berpunca dari orang yang ketiga ke?

Dalam pada itu, terdapat pula dakwaan dan spekulasi yang keluar dari mulut netizen menyatakan keretakan rumahtangga pelakon itu berpunca daripada orang ketiga. Biar betik?

Spekulasi itu mula muncul dalam kalangan warganet susulan daripada satu temubual rancangan televisyen bersama Nad Zainal yang seakan memberi bayangan mengenai keadaan rumahtangganya ketika itu.

Nad Zainal nafi ada orang ketiga

Tidak berdiam diri, pelakon drama Takdir Yang Tertulis itu tampil memberikan kenyataan melalui hantaran di Instagramnya.

Menerusi hantaran dimuat naik Nad Zainal, dia menafikan sekeras-kerasnya spekulasi tersebut dan meminta agar orang ramai untuk berhenti mengatakan mengenai perkara berikut kerana berasa kurang selesa dan agak terganggu.

Sila berhenti (cakap mengenai spekulasi itu) Tiada orang ketiga, tiada.

Apa yang terjadi tidak perlu dikongsi. Tiada apa yang perlu diambil sebagai contoh, lets move on.

Nad Zainal pun dah jelaskan perkara yang sebenar, diharapkan agar warganet hentikanlah ya spekulasi yang tak betul tu.

Kredit: Instagram officialhlive | nad.zainal

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas