Connect with us

Oh! Media

Penantian 6 Tahun, Pempengaruh Beby Tora Akhirnya Umum Hamil Anak Pertama

Ohmedia beby Tora

Oh! Artis

Penantian 6 Tahun, Pempengaruh Beby Tora Akhirnya Umum Hamil Anak Pertama

Beby Tora Tora umum hamil anak pertama dan kini masuk trimester kedua.

Selepas hampir enam tahun menunggu, personaliti media sosial, Beby Tora akhirnya berkongsi berita gembira bahawa dia kini sedang hamil.

Menerusi perkongsian di Instagram, pempengaruh ini meluahkan rasa syukur kerana setelah sekian lama mencuba pelbagai usaha, doa mereka akhirnya dimakbulkan Allah SWT.

Setahun cuba diet, akhirnya berjaya hamil

Lebih menyentuh hati, Beby Tora berkata, selama ini dia tidak pernah melihat garisan dua pada alat ujian kehamilan.

IKLAN

Beby menceritakan bagaimana dia melalui pelbagai ikhtiar termasuk diet dan rawatan demi mendapatkan zuriat.

Terima kasih Ya Allah atas pinjaman ini. Penantian dekat 6 tahun, selama ni tak pernah merasa double line sampai hati ini dah reda. Setelah setahun ikhtiar untuk diet dan akhirnya Allah makbulkan rezeki tak disangka-sangka.

Lebih manis, berita kehamilan itu hadir pada tahun ini yang dianggap paling istimewa buatnya. Kini, kandungan Beby sudah pun memasuki lima bulan dan berada dalam trimester kedua.

Beby Tora

Dalam perkongsian penuh emosi itu, Beby turut memohon doa daripada semua agar kandungannya sentiasa sihat dan dipermudahkan urusan hingga ke saat melahirkan.

Pssttt! Kisah Beby Tora Tora ini membuktikan bahawa dengan doa, sabar dan usaha, rezeki akan datang pada waktu yang paling tepat. Semoga kandungan Beby dipermudahkan hingga ke saat kelahiran dan menjadi penguat semangat buat pasangan lain yang masih berjuang.

Kredit: Instagram Beby Tora
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas