Connect with us

Oh! Media

Penampilan Terbaru Masya Masyitah Setelah Sebulan ‘Menghilang’ Undang Perhatian

Copy of Untitled Design   2

Oh! Artis

Penampilan Terbaru Masya Masyitah Setelah Sebulan ‘Menghilang’ Undang Perhatian

Selepas hampir setahun menyepi tanpa sebarang perkongsian, penyanyi Masya Masyitah kini kembali aktif di platform media sosial. 

Menerusi satu hantaran terbarunya di TikTok, Masya berkongsi video pendek dirinya sedang menyediakan hidangan pizza.

Dalam video berdurasi 51 saat itu, Masya menunjukkan cara membuat pizza bermula dari penyediaan adunan tepung sehinggalah proses membakar. 

IKLAN

Tindakan ini berjaya mengubati kerinduan peminat yang menunggu kemunculannya.

Netizen rindu Masya Masyitah dan tertanya-tanya

Kali terakhir Masya berkongsi video di TikTok adalah pada Ogos 2023, dan Instagram miliknya dipercayai telah dinyahaktif.

Namun, selain meluahkan rasa rindu, segelintir netizen ada yang baru sedar perubahan Masya yang kini tidak lagi berhijab.

Terdahulu, keputusan Masya untuk menanggalkan tudung dan mengundurkan diri daripada industri muzik mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan peminat.

Juara Ceria Popstar 2014 yang berbakat

Masya Masyitah

Masya yang pernah menjuarai pertandingan Ceria Popstar 2014 dikenali dengan suaranya yang merdu dan lagu hits seperti “Teman Bintang”

Keputusannya untuk menjauhkan diri daripada dunia seni sebelum ini menjadi perbualan ramai.

#OhmediaNasihat

Perubahan adalah sebahagian daripada perjalanan hidup setiap individu. Sebagai peminat, kita perlu menghormati keputusan artis kegemaran kita dan terus mendoakan yang terbaik buat mereka. Jangan lupa, kritik dengan bijak dan penuh kasih sayang.

Copy of Untitled Design   2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami:Tiktok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas