Connect with us

Oh! Media

Pemuzik Direman 4 Hari Gara-Gara Patahkan Palang Kondo Sebab Tak Bayar Bil ‘Maintenance’

pemuzik

Oh! Artis

Pemuzik Direman 4 Hari Gara-Gara Patahkan Palang Kondo Sebab Tak Bayar Bil ‘Maintenance’

Haih, lepas satu satu kes yang timbul. Terbaru, seorang pemuzik pula ditahan reman selama 4 hari untuk disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

ADVERTISEMENT

Difahamkan, pemuzik tersebut berang kerana pengawal keselamatan menghalangnya untuk masuk kondomium.

Dia kemudian bertindak mematahkan palang automatik menyebabkan syarikat mengalami kerugian sebanyak RM1,500.

Sekadar gambar hiasan

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, seorang eksekutif tampil membuat laporan di balai polis mengatakan suspek dihalang masuk kerana mempunyai tunggakan bil penyelenggaraan.

Pada awalnya, suspek meminta pengawal keselamatan membuka pintu pagar automatik untuk masuk ke dalam kondominium.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan tidak membenarkannya untuk meletak kenderaan dalam kawasan kondominium kerana terdapat tunggakan bayaran penyelenggaraan sebanyak RM6,448.

Suspek kemudian bertindak mematahkan palang pintu pagar automatik dan terus masuk.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 12.35 tengah hari di Ampang Jaya Selangor. Semakan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan didapati negatif dadah.

BACA: Bekas Pemain Gitar Kumpulan Rock Ditahan Ketika ‘Lalok’ Dalam Studio

Kredit: Kosmo!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas