Oh! Artis
Peminat Minta Fazura ‘Free Hair’ Semula, Ini Respon Tuan Badan!
Pelakon dan penyanyi terkenal, Nur Fazura menegaskan tidak akan kembali membuka tudung meskipun ada peminat yang memujinya cantik ketika ‘free hair’.
Menurut laporan Kosmo, penyanyi itu juga mendedahkan yang ada peminat yang mesej dan meminta untuk dirinya membuka tudung semula ketika bersiaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Tetap Istiqamah

Bukan tu jer, pelakon itu juga meminta peminat untuk mendoakan dirinya agar terus istiqamah dalam menutup aurat dengan sempurna.
Tidak mungkin akan terjadi. Mudah-mudahan doakan semoga dijauhkan daripada itu. Masa itu sudah berlalu.
Fazura kata masa itu sudah berlalu

Menurut Fazura, penampilannya dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia sering menjadi rujukan peminat yang meminta dia membuka tudung semula. Bagi Fazura, itu adalah kenangan lama yang tidak akan diulangi.
Dia turut berkongsi bahawa filem arahan Bernard Chauly itu merupakan antara karya kegemarannya sepanjang bergelar pelakon.
Sebagai salah seorang selebriti tersohor di Malaysia, dirinya juga dikenali melalui pelbagai filem popular seperti Pisau Cukur, Gol & Gincu, Lagenda Budak Setan, J Revolusi, dan Kami Histeria.
#OhmediaNasihat
Keputusan dirinya untuk terus berhijab adalah contoh positif bagaimana seseorang boleh memilih untuk berubah ke arah kebaikan. Dalam hidup, prinsip dan pendirian itu penting.
Jangan biarkan desakan atau pujian menghalang usaha kita untuk menjadi lebih baik. Sama-sama kita doakan Fazura terus istiqamah dan menjadi inspirasi kepada ramai wanita di luar sana.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM