Oh! Artis
Peminat Hadiahkan Shah Rukh Khan Sebidang Tanah Di Bulan Pada Hari Jadi
Oleh
Bukan kaleng-kaleng! Siapa sangka pelakon Bollywood terkenal Shah Rukh Khan (SRK) sebenarnya mempunyai petak tanah di bulan?
BACA: Sambut Ulang Tahun Ke-57, Kediaman Shah Rukh Khan Dibanjiri Ribuan Peminat
Memetik laporan India Today, petak tanah pelakon terkenal itu terletak di Sea of Tranquility dan dia akan menerima tanah baharu setiap hari jadi.

Difahamkan, tanah itu adalah pemberian seorang peminat dari Australia kepada Shah Rukh Khan. Perkara itu diakui SRK ketika ditemubual Zee News menyatakan dia menerima hadiah itu pada hari jadi bermula pada 2009.
Seorang wanita Australia membeli sebidang kecil tanah di bulan untuk saya setiap tahun pada hari jadi saya. Beliau menulis emel berwarna-warni untuk saya (maksudnya satu baris merah, satu baris biru dan seterusnya). Saya bersyukur mendapat kasih sayang ramai orang dari seluruh dunia.
Kata aktor kacak tersebut, dia turut menerima sijil daripada Persatuan Republik Lunar untuk mengesahkan mengenai tanah yang dimilikinya.
Peminatnya yang dikenali sebagai Sandi berkata, hadiah itu adalah tanda penghargaan kerana dia sangat meminati Raja Bollywood tersebut.
Dia mahu SRK menjadi hero filem Hindi pertama di bulan bahkan sentiasa menjadi yang pertama dalam semua hal.
Dia teruja mendapat tahu SRK membaca semua emel yang ditulis menerusi satu temu bual di kaca televisyen.
Rabu lalu, India menjadi negara pertama berjaya mendaratkan kapal angkasa di kutub selatan bulan yang sebahagian besarnya belum diterokai.
Perkara itu disahkan oleh Pertubuhan Penyelidikan Angkasa India (ISRO) menyatakan misi Chandrayaan-3 pada 14 Julai lalu telah berjaya.
Kredit: mStar | India Today
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
