Jelas Datin lagi, meskipun darah daging sendiri yang buat salah dia kena mengakui perkara itu. Dia bukanlah ibu mentua terbaik seperti orang ramai fikirkan, tetapi dia bersimpati dengan apa yang Puteri Sarah lalui sepanjang perkahwinan.
Tak tahu lah, saya rasa terhutang perjanjian dengan menantu saya sebab saya bagitahu dia, “Puteri Sarah sabar, Syamsul akan balik”. Tapi akhirnya macam tu pula jadi.
Itu membuat saya terlalu simpati pada menantu saya. Lagipun Sarah pandai jaga hati saya. Itu je, bukanlah saya mentua terbaik.
Bukan nak buang anak sokong menantu, tidak. Tapi kerana simpati saya, kerana janji saya kepada menantu buat saya rasa kecewa sangat. Saya mahu jadi ibu terbaik buat Sarah.
Datin Patimah bagaimanapun tidak suka apabila ada netizen membandingkan dirinya dengan ibu Aliff Aziz kerana mereka tidak tahu situasi sebenar.
Untuk isu rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah, anaknya memang bersalah kerana meninggalkan isteri berkahwin di luar negara.
Tetapi, ibu Aliff mungkin ada sebab-sebab tertentu mengapa masih menyokong anak sendiri. Datin memohon dirinya tidak dibandingkan dengan sesiapa kerana dia bukanlah mentua terbaik.