Connect with us

Oh! Media

pak nil

Oh! Artis

Pak Nil Persoal Mana Pergi Orang-Orang Kaya Ketika Mangsa Banjir Perlukan Bantuan?

Pengacara dan personaliti TV terkenal, Datuk Aznil Nawawi tampil menegur segelintir individu yang mempunyai kelebihan duit yang banyak namun lebih suka mendiamkan diri ketika rakyat memerlukan bantuan akibat bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Aznil yang lebih mesra disapa sebagai Pak Nil itu juga berasa hairan dengan golongan itu yang kelihatannya lebih gemar untuk menunjuk-nunjuk kekayaan dan kemewahan di media sosial berbanding melakukan aktiviti kemanusiaan.

IKLAN

Kata Pak Nil, jika seseorang itu boleh memperagakan barang kemas dan wang berkepuk-kepuk di media sosial, mengapa aktiviti bantuan sosial dan kemanusiaan mereka lebih memilih untuk tidak tunjuk kerana ianya dapat memberi contoh yang baik kepada masyarakat di luar sana.

Ketika bencana banjir baru-baru ini, di mana orang-orang kaya yang sebelum ini tunjuk duit berkepuk-kepuk sehingga ada yang sanggup baling duit. Belum lagi yang tunjuk gelang emas tebal di media sosial. Di manakah mereka.

Kalau ditanya mungkin mereka akan beri alasan melakukan perkara sedekah atau kebajikan secara senyap atau tak mahu menunjuk-nunjuk. Kalau begitu bila tunjuk duit atau gelang emas tidak melakukan hal yang sama.

Tambahnya lagi, dia sedar bahawa amalan bersedekah bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa namun berharap golongan ini sedar akan perbuatan mereka.

Terdahulu, Aznil telah menubuhkan Kedai Percuma Pak Nil di Bukit Changgang, Banting, Selangor sejak 30 Disember lalu.

Idea penubuhan kedai tersebut tercetus apabila dia melakukan kerja sukarelawan bagi membantu penduduk di kawasan itu membina semula hidup baru dan menyalurkan bantuan akibat banjir.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas