
Oh! Artis
“Padan La SATE Tu Berapa Bulan Je Kemudian Gagal” – Tempelak Syed Saddiq, Netizen Ungkit Balik Isu Lama Shahrol Shiro
Oleh
Nama Shahrol Shiro tak asing lagi dalam dunia hiburan dengan bekas pelawak itu ketika ini mula menceburkan dirinya dalam bidang politik sehinggakan menjadi bualan dalam kalangan netizen.
BACA: “Kenapa Kita Perlu Nak Memb*gel-B*gelkan” – Shahrol Shiro Jawab Kenapa ‘Delete’ Komen Ajak
Terbaru, bekas ahli kumpulan Shiro itu sekali lagi menjadi bualan netizen selepas dia dilihat menempelak ahli politik, Syed Saddiq menerusi laman Twitternya.
Kelakor gila dia ni🤣🤣🤣 Kalau ada MLM boleh jemput dia ni jadi artis jemputan🤣🤣🤣 pic.twitter.com/G0JFSJCUWD
— Shahrol Shiro (@shahrol_shiro) October 18, 2022
Menerusi ciapan Shahrol di Twitter, dia menempelak Syed Saddiq selepas mendakwa menjadi yang terawal memulakan kempen sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) meskipun dia dikatakan kecewa dengan pembubaran Parlimen yang diumumkan YAB Perdana Menteri pada 10 Oktober yang lalu.
Netizen ungkit isu lama
Ciapan Shahrol itu menyebabkan dia teruk dikecam segelintir netizen sehinggakan ada yang mula mengungkit isu lama melibatkan bekas pelawak itu.
Tapi kau lagi kelakor. Makan job kawan kat Era macam tu je. Padan la SATE tu berapa bulan je kemudian gagal. https://t.co/9rDYHzAajS
— Afiq Shari ke AFC Cup 2023! (@AfiqShari) October 19, 2022
Seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Afiq Shari mula mengungkit semula mengenai isu lama dengan Shahrol dikatakan menikam seorang rakannya dari belakang mengenai job yang ditawarkan oleh sebuah stesen radio terkemuka satu ketika dahulu.
Tapi kau lagi kelakor. Makan job kawan kat Era macam tu je. Padan la SATE tu berapa bulan je kemudian gagal.
Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan ciapan dibuat Afiq terhadap Shahrol itu.



Macam-macam si Shahrol ni, tak pasal-pasal netizen ungkit balik isu lama.
Kredit: Twitter Shahrol Shiro | Twitter AfiqShari
