Connect with us

Oh! Media

Orang Pinjam Duit Sampai RM50 Juta, Ini Tindakan Aliff Syukri

Ohmedia aliff syukri hutang

Oh! Artis

Orang Pinjam Duit Sampai RM50 Juta, Ini Tindakan Aliff Syukri

Usahawan kosmetik yang sering mencuri perhatian, Datuk Seri Aliff Syukri tampil meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa ramai individu mengambil kesempatan terhadap dirinya apabila meminjam wang namun enggan melunaskan bayaran.

Menurut Aliff, sikap terlalu percaya sebelum ini menyebabkan dia kini tekad untuk tidak lagi meminjamkan duit walau kepada siapa sekalipun, termasuk individu berpengaruh.

Aliff Syukri dah serik dipergunakan, semua peminjam tak bayar balik…

Aliff Syukri

Berkongsi kisahnya, Aliff berkata semua 50 individu yang pernah meminjam wang daripadanya tidak pernah membayar semula walau satu sen.

IKLAN

Saya ada kawan-kawan yang nampak kaya raya tetapi hakikatnya suka pinjam duit dan tidak bayar. Hujung-hujung saya yang kena mengemis.

Ibaratnya saya bagi pinjam kepada 50 orang, kesemua 50 orang itu tak bayar semula duit saya. Bila saya viralkan, orang kata saya berniat jahat.

Tak kisah siapa pun, janji tak percaya lagi…

Ohmedia dato aliff syukripng

Aliff menegaskan prinsipnya kini adalah untuk tidak lagi memberi pinjaman walaupun kepada individu bergelar atau ahli keluarga.

Saya sudah bertaubat, siapa pun nak jumpa saya baik menteri, Datuk Seri, mak cik, pak cik, saya sudah tidak percaya.

Sebab banyak kali dah saya kena tipu. Biarlah saya susah senang dengan isteri dan keluarga sahaja.

Jelas Aliff, beliau telah mengambil langkah undang-undang dan melantik peguam bagi menuntut kembali jumlah pinjaman yang keseluruhannya mencecah hampir RM50 juta.

Sekarang ini saya sedang perjuangkan hak dan dapatkan kembali hak saya, jumlah semuanya lebih kurang RM50 juta.

Orang luar hanya tahu permukaan sahaja, kes ini sedang berjalan di mahkamah. Melibatkan mahkamah dan peguam. Jadi saya tidak boleh melebih-lebih beri kenyataan.

Aliff Syukri Yatiw

Kes ini nyata membuktikan bahawa kepercayaan yang diberikan Aliff sebelum ini telah dikhianati oleh pelbagai pihak, menyebabkan dia nekad untuk menutup ruang kepada mana-mana pihak yang mahu mengambil kesempatan.

Pssttt! Tak salah nak bantu kawan atau saudara, tapi berpada-padalah. Kalau tak mampu bagi ikhlas, jangan sampai meminjamkan duit yang akhirnya buat kita sendiri sengsara. Lebih baik belajar cakap “tidak” daripada menyesal di kemudian hari.

Kredit: Portal
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas