Connect with us

Oh! Media

“Orang Berniaga Makanan, Kau Pun Nak” – Chef Wan Nasihat Datuk Seri Aliff Syukri

Oh! Artis

“Orang Berniaga Makanan, Kau Pun Nak” – Chef Wan Nasihat Datuk Seri Aliff Syukri

Siapa tak kenal Datuk Seri Aliff Syukri? salah seorang usahawan yang terkenal di Malaysia oleh kerana bijak dalam segi berniaga dan tidak pernah berputus asa dalam memperkenalkan produk baru. Terkini, Datuk Aliff Syukri telah memperkenalkan produk makanan baharu yang diberi nama Mee Soho dan Sup Jolo dan mendapat perhatian daripada Chef wan.

ADVERTISEMENT

Chef selebriti terkenal tanah air, Datuk Chef Wan, menasihati usahawan kosmetik itu supaya menerima segala komen positif mahupun negatif yang diterima dalam berniaga produk berunsurkan makanan.

berkongsi melalui hantarannya di Instagram, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuawan Ismail, terpanggil untuk memberi komen perihal produk baharu Datuk Aliff Syukri selepas namanya menjadi perhatian setelah tularnya video review daripada pelakon Sharnazz Ahmad.

Chef wan terpanggil untuk memberi nasihat kepada Datuk Aliff selepas Sharnaz Ahmad membuat review tentang Produk tersebut

Nak berniaga makanan ini memang kena terima segala komen yang positif mahupun negatif.

Itulah, orang nak berniaga makanan pun kau nak juga jual. Bukan tidak boleh, tetapi kena berhati-hati. Jika tidak pandai memasak perlulah pergi belajar betul-betul.

Kalau tak mahu, sebagai usahawan dan jutawan yang pakai jam tangan berlian, lebih baik dia tabur duit kepada yang pakar tentang perniagaan makanan untuk bantu dia.

Tambahnya lagi, Chef Wan menyifatkan jika seseorang ingin membuat sesuatu perniagaan dengan cara tidak betul atau syok sendiri, ia boleh merugikan perniagaan itu sendiri.

Walaubagaimanapun, Chef Wan turut menasihati supaya netizen untuk tidak mengecam Aliff walaupun menerima komen negatif berkenaan produk makanannya.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas