Connect with us

Oh! Media

nurul shuhada

Oh! Artis

Nurul Shuhada Menangis Bila Lihat Pintu Kaabah Dibuka Depan Mata

Siapa yang dah pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci, pasti akan merasakan satu perasaan yang lain dan tak dapat kita rasakan di tempat lain. Perasaan itu turut dikongsikan Nurul Shuhada Mat Shukri apabila dapat melihat pintu Kaabah dibuka depan mata.

Bekas isteri pelakon Hafidz Roshdi kini menunaikan umrah dan Shuhada sempat merakam saat pintu Kaabah dibuka sambil mulutnya tidak henti berdoa dan menangis kepada Allah SWT.

IKLAN
nurul shuhada

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim…. Kau makbulkanlah doa-doa kami. Kau tunaikanlah permintaan kami. Kau tunaikan hajat kami secepat mungkin.

Ya Allah, Kaulah Yang Maha Baik Ya Allah… Berikanlah kebahagiaan kepada kami, Ya Allah. Angkatlah kesedihan kami, Ya Allah.

Shuhada berangkat ke Tanah Suci Makkah pada Sabtu lalu dan memohon doa orang ramai agar urusan ibadahnya dipermudahkan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas