Connect with us

Oh! Media

Nurul Shuhada Gementar Fikir Jumlah Tuntutan Ganti Rugi, Tiba-Tiba Dapat Surat Saman Daripada Athira Yuhada

nurul shuhada

Oh! Artis

Nurul Shuhada Gementar Fikir Jumlah Tuntutan Ganti Rugi, Tiba-Tiba Dapat Surat Saman Daripada Athira Yuhada

Konflik antara isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dengan orang ketiga, Athira Yuhada tiba-tiba berbangkit semula.

ADVERTISEMENT

Ini selepas Shuhada dimaklumkan peguamnya, menerima surat tuntutan saman daripada Athira Yuhada yang sebelum ini didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga mereka.

BACA: Athira Yuhada Buat Pendedahan Baru Tentang Sikap Hafidz Roshdi Selama 9 Tahun

nurul shuhada

Nurul Shuhada akui susah hati memikirkan perkara ini semalam…

Ramadan ketiga, semalam saya dimaklumkan oleh peguam ada menerima surat tuntutan daripada pihak ketiga. Pihak ketiga menuntut dari tulisan saya di Instagram pada 15.2.2023 berkaitan ucapan terima kasih kerana menghancurkan hati saya dan anak-anak.

Seharian semalam saya susah hati kerana belum pernah ada pengalaman ke mahkamah. Gementar juga memikirkan jumlah tuntutan ganti rugi yang bakal dia tuntut.

Tak sangka isu ini berpanjangan sampai begini…

Saya ni, baru mula hendak mencari pendapatan sendiri. Saya cuba buat perniagaan @shelupshelup. Selagi ada rezeki, saya usahakan. Buat simpanan saya dan anak-anak. Waktu jadi suri rumah dulu, saya tak menyangka perkara ini akan terjadi. Waktu dulu, tidak sedar bahawa penting ada simpanan. Patutnya perlu lebih sedia, langit tak selalu cerah.

Dalam pada itu, Shuhada turut menganggap saman ini adalah ujian bertubi-tubi yang perlu dia lalui. Apapun, tetap akan usaha untuk bangkit dan jadi contoh terbaik untuk anak-anak.

Rasa seperti jatuh ditimpa tangga selepas proses perceraian, kes mahkamah syariah, kes keganasan rumah tangga dan yang ini pula.

Tidak mengapa. Saya perlu bangkit. Jangan kalah. Saya kena kuat dan ini perjuangan saya. Saya hendak bagi contoh pada anak-anak saya kena kuat berjuang, jangan biar dibuli dan dipijak-pijak. Biarlah satu ketika dulu saya silap, terlalu percaya.

Kita doakan sahaja agar Shuhada kuat mengharungi segala ujian ini.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas