Connect with us

Oh! Media

Nur Fazura Perjelas Isu Hutang RM4.65 Juta

Fazura

Oh! Artis

Nur Fazura Perjelas Isu Hutang RM4.65 Juta

Fazura enggan ulas isu hutang RM4.65 juta, jelaskan dirinya dan syarikat adalah entiti berbeza.

Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura akhirnya tampil bersuara berhubung kontroversi hutang membabitkan syarikat miliknya yang kini sedang hangat diperkatakan.

Namun begitu, Fazura memilih untuk tidak memberi penjelasan lanjut bagi mengelakkan salah faham dan tekanan berpanjangan daripada orang ramai.

Nur Fazura mahu fokus jaga kesihatan mental…

Fazura

Menurut Fazura, dia membezakan dirinya sebagai individu dan syarikat sebagai entiti berasingan, sekali gus mengambil pendirian untuk tidak mengulas lebih lanjut.

IKLAN

Saya rasa, tak perlu saya jelaskan lebih-lebih kerana belum tentu orang akan faham. Cukup sekadar orang tahu Fazura dan syarikat adalah entiti berbeza.- Katanya kepada mStar.

Jelasnya lagi, perkara berkaitan syarikat adalah sulit dan beliau telah menyerahkan sepenuhnya kepada peguam untuk tindakan lanjut.

Dalam tempoh lapan bulan kebelakangan ini, Fazura mengakui berdepan pelbagai cabaran dalam hidup, namun memilih untuk kekal positif.

Saya pun manusia biasa yang ada perasaan. Sebagai seorang ahli perniagaan wanita, inilah realiti yang kita kena tempuh. Hanya yang pernah berniaga sahaja akan faham.

Tidak ambil tahu komen netizen…

Fazura

Fazura juga menjelaskan bahawa dia langsung tidak membaca komen-komen netizen, malah orang di sekelilingnya turut menghormati keputusannya untuk tidak dimaklumkan sebarang isu berkaitan.

Saya memang menjaga kesihatan mental saya. Saya nak hidup dengan tenang. Saya nak gembira, dan saya nak terus fokus kepada kerjaya, perniagaan dan membesarkan anak saya.- Ujarnya.

Terdahulu, syarikat milik Fazura dilaporkan berhutang sebanyak RM4.65 juta kepada syarikat pengilang tudung Feline Malaysia, milik Obor Holding.

Difahamkan, hanya RM2.68 juta telah dibayar dan segala usaha penyelesaian di luar mahkamah juga menemui jalan buntu.

Pssttt! Sebagai seorang wanita, ibu dan ahli perniagaan, kita faham tekanan yang ditanggung Fazura bukan sesuatu yang mudah. Dalam dunia bisnes, turun naik adalah perkara biasa, namun tanggungjawab tetap perlu dipikul. Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan kesihatan mental Fazura kekal terpelihara.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas