Connect with us

Oh! Media

“Nubhan Tak Maklum Dah Ceraikan Saya” – Bekas Isteri Dedah Keluarga Terkejut, Tahu Dari Group WhatsApp

Ohmedia nubhan

Oh! Artis

“Nubhan Tak Maklum Dah Ceraikan Saya” – Bekas Isteri Dedah Keluarga Terkejut, Tahu Dari Group WhatsApp

Bekas isteri Nubhan mendakwa bapanya terkejut bila dapat tahu dah cerai.

Kemelut rumah tangga antara penyanyi Nubhan dan bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau lebih dikenali sebagai Dr. Fie, nampaknya semakin hangat apabila wanita itu tampil menjelaskan beberapa perkara.

BACA: Nubhan Akhirnya Bersuara Isu Rumah Tangga, Tepis Dakwaan Isteri Tak Tahu Punca Diceraikan

Lapor Hib Glam, Dr. Fie terpanggil untuk bersuara selepas nama ayahnya disebut dalam kenyataan Nubhan yang mendakwa sudah berbincang dengan keluarganya mengenai perceraian.

IKLAN

Bapa tahu selepas mak cik beritahu dalam group WhatsApp

Isteri Nubhan

Saya tetap hormati dia. Sebenarnya saya tak perlu balas apa-apa tetapi apabila nama ayah saya disebut-sebut, saya kena beritahu perkara sebenar. Walaupun ayah saya tak campur urusan rumah tangga kami, hal besar seperti ini kena maklumkan kepadanya. Memang dia tidak beritahu walaupun selepas talak dilafazkan mahupun ketika nak naik mahkamah.

Menurut Dr. Fie lagi, keluarganya terkejut mendapat tahu sudah bercerai selepas dimaklumkan ibu saudara menerusi kumpulan WhatsApp keluarga.

Tambahnya lagi, isu berkenaan kini sudah dibawa ke mahkamah dan sepatutnya hanya dijawab di hadapan hakim.

“Kami tak jumpa kaunselor, tapi ada jumpa ustaz”

Dr. Fie juga menafikan kenyataan Nubhan yang mendakwa mereka pernah berjumpa pakar kaunseling rumah tangga. Katanya, mereka hanya bertemu dengan seorang ustaz yang dikenali Nubhan.

Seingat saya, kami tak pernah berjumpa mana-mana pakar kaunseling rumah tangga. Tapi ada bertemu seorang ustaz yang juga kenalannya. Tidak mengapalah kalau dia cakap begitu.

Dia turut menegaskan bahawa sepanjang perkahwinan, dia berusaha menjalankan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak sebaik mungkin, selain mencari pendapatan sendiri agar tidak terlalu bergantung kepada suami.

Menjelaskan hubungan dengan keluarga mentua, Dr. Fie memberitahu hubungannya dengan ibu mentua masih baik malah sempat berjumpa sehari sebelum prosiding di mahkamah.

Tambah Dr. Fie, isu rumahtangga mereka tidak melibatkan keluarga dan dia tidak tahu apa kesalahan besar yang dibuat sehingga Nubhan menceraikan dirinya.

Sebelum ini, isu rumah tangga mereka menjadi perhatian selepas Nubhan memfailkan permohonan pengesahan lafaz talak terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Pssttt! Sana cakap macam ni, sini cakap macam tu.. Apa-apa pun, Oh! Media doakan semoga kedua-duanya tabah dan dapat menyelesaikan kemelut ini dengan baik, terutama demi anak-anak.

Kredit: Hib Glam
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas