Connect with us

Oh! Media

“Kita Jumpa, Tunggu Lepas GV Tamat”, Noraniza Idris Mahu Belajar ‘Cara Adab’ Michael Ang

Oh! Artis

“Kita Jumpa, Tunggu Lepas GV Tamat”, Noraniza Idris Mahu Belajar ‘Cara Adab’ Michael Ang

Tiap-tiap minggu mesti ada sahaja kontroversi baru tentang Gegar Vaganza. Paling latest, ramai yang tak puas hati dengan nyanyian Noraniza Idris waktu bawa lagu Chaiya-Chaiya dalam konsert separuh akhir GV, Ahad lepas. Tambah-tambah takde pula penyingkiran, lagilah ramai yang naik hantu sebab katanya, Kak Ani selayaknya keluar pada minggu tersebut.

ADVERTISEMENT

Yang mengkritik Kak Ani termasuklah pengarah terkenal, Michael Ang. Semua pun sedia maklum yang Michael jenis cakap straight to the point dan tak berlapik. Komen Michael dekat Twitter pun boleh tahan juga pedas. Micahel kata, Kak Ani memang hancurkan terus lagu Hindustan favourite dengan suaranya yang sengau. Amboi, Michael pun. Agak-agaklah jugak bila mengkritik.

Bila dah dikritik macam tu, keluar pulak dekat Facebook Kak Ani yang dia nak berjumpa dengan Michael Ang depan-depan bila dah habis GV nanti. Alamak, itu memang Kak Ani yang post ke atau individu yang kendalikan account tersebut? Hm. Ada yang cakap fake account, dan ada juga yang cakap itu memang account milik Noraniza Idris. Alamak, ini maksudnya dah isytihar perang ke?

Namun, teka-teki itu terjawab dengan posting terbaru Kak Ani di Facebook. Kata Kak Ani, dia memang rasa sedih dan kecewa bila baca kritikan yang ditulis oleh Michael Ang yang seolah-olah menarik netizen untuk hentam dirinya. Kak Ani tak kisah kalau dia sahaja yang sedih, tapi bila dah libatkan juga perasaan familynya, Kak Ani tak boleh berdiam diri. Bukan style Kak Ani lah nak berdebat guna social media.

Menyentuh isu racist yang dipertikai oleh netizen bila Kak Ani guna perkataan mualaf yang merujuk pada Michael, Kak Ani kata apa yang salah dengan perkataan tersebut? Mualaf kan maksudnya kaum yang peluk Islam. Jadi apa yang peliknya kat situ? Sempat juga menyatakan yang dia masih lagi mencari ilmu untuk menyerlah di pentas, Kak Ani akhiri postingnya dengan ucapan supaya Michael tunggu hingga akhir GV nanti.

“Kita jumpa, tunggu lepas GV tamat. Bagi Kak Ani selesaikan tugas akhir. Tunggu.” – katanya.

Industri Malaysia bukannya besar mana pun. Kalau sesama artis pun nak saling mengutuk dan bermasam muka, bukan boleh lari pun. Pusing-pusing jumpa muka itu juga. Kalau betul Michael Ang ada masalah dengan Noraniza Idris, harapnya dapatlah selesaikan dengan cara baik. Tak salah nak mengkritik tapi biarlah berpada-pada. Kalau tak, inilah akibatnya.

Kredit: Twitter Michael Ang, Facebook Kak Ani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas