Connect with us

Oh! Media

Nora Danish Mengaku Tidak Lagi Duduk Sebumbung Dengan Suami

nora danish

Oh! Artis

Nora Danish Mengaku Tidak Lagi Duduk Sebumbung Dengan Suami

Sejak Aidilfitri hari tu peminat sudah mula rasa ada sesuatu yang berlaku dalam rumah tangga Nora Danish. Ini apabila Nora dan suami, Nedim tidak berkongsi gambar raya bersama.

ADVERTISEMENT

Terkini, Nora mendedahkan rumah tangga mereka sedang bergolak dan kini tidak lagi duduk sebumbung.

Disebabkan rumah mereka yang sedang diubah suai juga ada masalah, menjadi punca mereka memilih untuk tinggal bersama ibu bapa masing-masing.

7 tahun bersama dan cuba tangani sebaik mungkin…

Kita manusia biasa, tidak lari daripada kesilapan. Tujuh tahun berkahwin, memang ada pergolakan tetapi kami cuba tangani sebaik mungkin.

Buat masa ini, lebih baik tinggal berasingan di rumah keluarga masing-masing. Perkahwinan kadang memerlukan ruang, itu lumrah.

Tambah Nora lagi, mereka berdua sedang mencari jalan terbaik dan perceraian adalah jalan terakhir kerana perlu memikirkan anak-anak.

Tetapi, saya tidak menidakkan memang berlaku pergolakan. Walaupun tinggal berasingan, kami masih berhubung setiap hari. Saya tetap hormatinya sebagai suami.

Bukan sebab kehadiran orang ketiga macam selebriti lain…

Nora bagaimanapun menolak dakwaan rumah tangga mereka mempunyai masalah kerana wujudnya orang ketiga.

Masalah ini bukan berpunca sebab Nedim tidak memahami kerjaya saya. Dari dulu dia sangat memahami dan bukan juga sebab orang ketiga. Perceraian adalah jalan terakhir. Apa juga keputusan, saya mengharap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak.

Untuk pengetahun korang, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.

Nora dan Nedim juga masing-masing mempunyai seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinan terdahulu.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas