Connect with us

Oh! Media

Nora Danish Luah Rasa Bangga, Suami Berkaki Ayam Bantu Mangsa Banjir

Oh! Artis

Nora Danish Luah Rasa Bangga, Suami Berkaki Ayam Bantu Mangsa Banjir

Suami kepada Nora Danish iaitu Nedim Nazri merupakan antara yang aktif menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di sekitar Lembah Klang.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kami Datang Nak Keluarkan Orang Bukan Jadi Grab” – Nedim Nazri Kecewa Ada Mangsa Tak Nak Dibantu

Difahamkan, Nedim atau lebih dikenali sebagai Boss Ned bekerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO), The Hope Branch bersama beberapa selebriti lain seperti Harith Iskander.

Dalam perkongsian terbaru di Instagram, Boss Ned memaklumkan keadaan di Kuala Langat sangat menyedihkan walaupun air sudah surut.

Selepas agihan bantuan keperluan asas di situ, beliau dan team bergerak ke Dengkil dan beberapa kawasan yang lain pula.

Melihat kepada usaha keras itu, Nora Danish sebagai isteri meluahkan rasa bangga. Dia terkejut melihat suami berkaki ayam meredah lumpur sedangkan suami seorang yang penggeli.

nora danish

Dia sendiri tidak tahu dari mana suami mendapat semangat namun selama empat hari berturut-turut suami bergerak dari satu tempat ke tempat lain untuk agihan bantuan.

Kata Nora lagi, suami akan bangun awal pagi menghubungi mana-mana tempat yang memerlukan bantuan.

Kredit: Instagram Nora Danish | Nedim Nazri

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas