Connect with us

Oh! Media

nor hidayah

Oh! Artis

Nor Hidayah Dakwa Ali Puteh Nak Bayar Saman Guna Motor Terpakai, Bukannya Tunai

Sebelum ini pelawak, Ali Puteh mendakwa sudah cuba membayar hutang saman kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Nor Hidayah tetapi ditolak. Rupa-rupanya, bayaran saman ini bukanlah secara tunai tetapi Ali ingin memberikan motosikal terpakai miliknya.

ADVERTISEMENT

Perkara ini dimaklumkan Hidayah sendiri dan dia menolak kerana mahkamah mengarahkan bayaran dalam bentuk wang dan bukannya barang.

Saya menolak cara pembayaran pihak sana (Ali) disebabkan mereka ingin membayar dengan menggunakan kenderaan seperti motosikal. Saya tidak menerimanya, hal ini kerana hutang perlu dibayar dengan wang ringgit, bukan barang atau selain daripada itu.

Saya pun tidak menggunakan motosikal berkenaan yang ingin diberikan kepada saya seperti Yamaha RXZ, Yamaha 125Z dan Yamaha Y15. Wajarkah? Sekiranya pihak sana mengatakan semua motosikal itu masih ada nilainya, sila jual dulu dan wang itu dibayar kepada saya.

Hidayah dalam pada itu mempersoal mengapa Ali tidak mahu menjual dahulu motosikal terbabit dan gunakan duit jualan itu untuk membayar saman.

Untuk pengetahuan korang, Ali perlu melunaskan saman kepada Hidayah sebanyak RM76,000 dan kakak Ali turut ada hutang sebanyak RM2,000.

Kredit: Harian Metro

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas