Connect with us

Oh! Media

Nikah Tak Sah Gara-Gara Status Wali, Rizky Febian Dan Mahalini Akad Nikah Semula Disember Lalu

Ohmedia mahalini 2

Oh! Artis

Nikah Tak Sah Gara-Gara Status Wali, Rizky Febian Dan Mahalini Akad Nikah Semula Disember Lalu

Terdahulu, perkahwinan selebriti terkenal, Rizky Febian dan Mahalini Raharja pada 10 Mei 2024 dilaporkan tidak sah di sisi undang-undang.

Difahamkan, isu utama adalah melibat status wali nikah menyebabkan mereka perlu mengulangi akad nikah mereka.

Akad nikah Mahalini dan Rizky pada Mei tidak sah, nikah semula Disember

Mahalini
Kredit foto Instagram Mahalini

Terbaru, pasangan popular ini sah kahwin semula pada 27 Disember tahun lalu selepas sebulan isu kecoh diperkatakan.

IKLAN

Lapor Kosmo!, majlis tersebut berlangsung di Hotel Raffles, Jakarta Selatan, pada pukul 9 pagi waktu tempatan, bagi memastikan perkahwinan mereka memenuhi syarat undang-undang dan agama.

Status suami kini isteri sah

Mahalini Rizky Febian

Menurut Ketua Kantor Urusan Agama (KUA) Setiabudi, Nasrullah, pasangan ini kini memiliki buku nikah rasmi yang membuktikan status perkahwinan mereka sah.

Dengan langkah ini, Rizky dan Mahalini kini boleh menjalani kehidupan berumah tangga tanpa lagi menghadapi keraguan status perkahwinan.

#OhmediaNasihat

Kisah ini mengingatkan kita tentang pentingnya mematuhi syarat undang-undang dan agama dalam perkahwinan. Jangan ambil mudah soal kesahihan pernikahan kerana ia bukan sahaja melibatkan pasangan, tetapi juga masa depan keluarga yang bakal dibina. Sentiasa rujuk pihak berwajib untuk mengelakkan komplikasi di kemudian hari.

Ohmedia mahalini 2

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Kosmo!


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas