Oh! Artis
Netizen Pandang Mulia Sebab Beli Kerusi Roda, Sajat Risau Adik Beradik Lain Terasa
Oleh
Baru-baru ini, adik kepada usahawan kontroversi Muhammad Sajjad iaitu Mustika naik angin apabila netizen menuduhnya tak jaga ayah yang kini sedang sakit.
Iyalah, tak pasal-pasal Datuk Aliff Syukri pula yang kena hantar kerusi roda dibelikan Sajat untuk ayahnya.
BACA: “Hidup Jangan Jadi Babi Aliff…” – Adik Sajat Bengang Dituduh Tak Jaga Ibu Bapa
Bila dah jadi macam ni, mula lah netizen mengutuk Mustika langsung tak ambil berat pasal ayah sedangkan di rumah memang dah ada satu kerusi roda khas buat ayahnya.
Netizen juga memandang Sajat mulia kerana banyak berhabis duit untuk keluarga meskipun terpaksa berjauhan.

Menerusi sesi live di TikTok, Sajat meminta netizen tidak melaga-lagakan mereka sekeluarga. Kata Sajat, adik beradiknya lebih mulia kerana menjaga ibu bapa di kampung sedangkan dia hanya mampu beri duit.
@sajatperempuanfuh Replying to @Norkaidah Endless #fyp #fypシ #fypシ゚viral #viral #sajat #nursajat ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline
Jelasnya lagi, adik beradiknya yang menyediakan makan minum ibu bapa termasuk membawa mereka ke hospital.
Kadang-kadang adik beradik Sajat melenting kerana mulut korang juga.
Kembar yang merupakan anak angkat Sajat juga dijaga baik oleh adik beradiknya yang lain. Jadi, usahawan ini memohon netizen tak menjadi batu api apabila meninggalkan komen bukan-bukan.
Jangan macam itu, saya makan hati. Adik beradik saya rahsiakan benda ini (ayah sakit) kerana tak mahu saya susah, tak nak saya sedih. Bukannya mereka saja nak sorokkan.
Usahawan ini juga bimbang adik beradiknya akan terasa hati dan menjauhkan diri daripadanya dek kerana mulut netizen yang menuduh mereka tak berkorban langsung.
Kredit: TikTok @sajatperempuanfuh
