
Oh! Artis
Netizen Meroyan Isu Fattah Amin Dan Amira Othman, Siap Banding Dengan Fazura
Netizen kecoh isu Fattah Amin dan Amira Othman bakal bernikah, siap banding dengan Fazura dan Neelofa.
Kecoh di media sosial bila timbul cerita Fattah Amin dan Amira Othman bakal bernikah tidak lama lagi. Walaupun ramai yang gembira dengan khabar ni, ada juga segelintir netizen yang mula ‘meroyan’ dan pertikai imej Amira.
Dalam satu komen yang tular, seorang pengguna media sosial mendakwa dia kurang setuju bila ramai anggap Amira seorang wanita baik.

Katanya, kalau betul baik, tak sepatutnya selalu dilihat berduaan dengan lelaki sebelum berkahwin.
Even background dia baik, kalau dia baik dia tak berkepit dengan lelaki selalu.– Netizen.
Amira Othman dibanding dengan Fazura dan Neelofa pula dah…

Komen itu jadi panas bila netizen terbabit siap bandingkan Amira dengan selebriti lain seperti Fazura dan Neelofa. Katanya, walaupun mereka berdepan pelbagai kecaman sebelum ini, tapi tetap menjaga batas dengan lelaki.
Fazura dikecam itu dan ini tapi lepas cerai dia tak berkepit dengan lelaki lain. Same goes to Neelofa, sebelum kahwin dia pun dihujat netizen macam-macam tapi dia tak berkepit dengan Ustaz Haris. – Netizen.
Netizen sama turut mempertikaikan alasan kerja sebagai sebab Amira sering dilihat bersama Fattah. Baginya, tidak semua urusan kerja memerlukan mereka berdua tampil bersama setiap masa.
Don’t tell me bout work la. Not all the work required collabs pun dia ada di mana-mana with Fattah.- Netizen.

Pssttt! Biasalah bila melibatkan selebriti terkenal, apa saja mesti jadi bahan bualan. Lebih-lebih lagi bila timbul cerita nak bernikah, tentu ada peminat yang rasa kecewa atau tak puas hati. Ohmedia nak pesan, kita orang luar tak tahu semua cerita. Jadi daripada sibuk menilai, lebih baik doakan yang baik-baik untuk Fattah Amin dan Amira Othman.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
