Connect with us

Oh! Media

“Memang You Nyanyi Tak Sedap Haritu, Terima Je Lah Hakikat” – Netizen

Oh! Artis

“Memang You Nyanyi Tak Sedap Haritu, Terima Je Lah Hakikat” – Netizen

Setelah lama berteka-teki, rupanya penyanyi lagenda Aishah yang gantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza untuk bawa lagu Aku Bidadari Syurgamu di pentas separuh akhir Muzik-Muzik 35 malam sabtu lepas.

ADVERTISEMENT

Tapi, komen dari netizen tentang nyanyian Aishah masih lagi berlegar sampai sekarang. Bukan setakat komen positif, komen yang negatif pun berlambak. Siap ada yang DM Aishah lagi cakap kononnya Tuhan dah tarik nikmat suara sebab terlalu sombong. Amboi!

Pencipta lagu tersebut, Ippo Hafiz turut kesal dan kecewa dengan netizen yang main cakap lepas sampaikan tak fikir perasaan Aishah. Yelah, Ippo dengan Tokti sendiri pun puas hati dengan persembahan Aishah. Netizen pula yang lebih-lebih nak kasi komen.

“Bagi kami satu rahmat apabila Kak Aishah sanggup ganti Datuk Siti dan bawa tanggungjawab besar itu. Kami memang berterima kasih kerana sebagai seorang bertaraf lagenda, dia beri komitmen sangat baik dan merendah diri bawa lagu ini sepenuh hati.” – katanya.

Netizen kena faham, bila Aishah yang nyanyi, mesti tak sama dengan style Tokti. Tak bolehlah nak bandingkan tengok siapa lagi sedap. Masing-masing ada style sendiri.

“Jangan bandingkan kak Aishah, dia hanya menggantikan dan bukan nak berlawan dengan Datuk Siti. Datuk Siti ada acuan sendiri begitu juga Kak Aishah.” – tambahnya.

Ohmedia yakin yang Aishah dah beri yang terbaik malam tu. Bahkan, persiapan Aishah pun hanya dalam 5 hari je tau. Legend tak legend. Tapi, nak buat macam mana. Mulut orang tak boleh nak tutup. Yang penting, Aishah ada class tersendiri. Jadi, abaikan je lah diorang semua.

Kredit: beautifulnara, Instagram Aishah

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas