Connect with us

Oh! Media

“Nama Kena ‘Drop’? Hello!” – Mira Filzah Bengang, Sekolahkan Netizen

Oh! Artis

“Nama Kena ‘Drop’? Hello!” – Mira Filzah Bengang, Sekolahkan Netizen

Sebelum ini, kecoh sebuah kontroversi melibatkan pelakon Mira Filzah yang didakwa telah ‘dibuang’ dari menjadi watak utama dari sesebuah drama.

ADVERTISEMENT

BACA: Genap Setahun Kahwin, Mira Filzah ‘Throwback’ Video Majlis Resepsi

Hal itu selepas nama pelakon tersebut tidak lagi membintangi drama bertajuk The Hotel musim kedua hasil arahan pengarah terkenal, Michael Ang.

Namun, perkara itu mendapat perhatian daripada pelakon tersebut dan tampil beri penjelasan di atas dakwaan yang tular itu.

Mira Filzah akui netizen salah faham

Mira Filzah atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman mendedahkan isu salah faham berhubung dakwaan namanya digugurkan dari drama tersebut.

Menurutnya, namanya bukanlah digugurkan, tetapi dia terpaksa berundur oleh kerana tidak mampu memberikan komitmen semasa pengambaran.

Dengar betul-betul tak siaran langsung di Instagram Michael Ang? Apa dia cakap? Nama kena drop? Hello!

Saya tarik diri daripada sambung ya. Memang dari awal The Hotel ada 20 episod. Tiba-tiba 12 Ogos lepas Mike telefon kata nak sambung dan saya tidak dapat buat sebab jadual tidak mengizinkan!

Kenyataan ini dibuat Mira berhubung dakwaan tersebut sejak 16 September lalu menerusi tangkap layar yang diulang siar semula oleh pengguna Twitter.

Drama The Hotel ada konsep tersendiri

Menurut pengarah Michael Ang, menjelaskan tiada istilah menggantikan Mira Filzah, tetapi musim kedua nanti akan menampilkan jalan cerita berbeza dan watak baharu.

Memetik laporan Mstar, dia memaklumkan perkara itu dalam siaran langsung Instagramnya sebelum ini dan musim kedua nanti akan dibintangi oleh pelakon, Uqasha Senrose.

Drama The Hotel ini ada konsep tersendiri, musim pertama Mira pegang watak utama. Musim kedua Uqasha pula.

Tapi ia bukan bermaksud saya matikan watak Mira Filzah, memang konsep dia macamtu. Untuk musim kedua, pelakon baharu pula masuk.

Tambahnya lagi, drama musim kedua ini mempunyai kaitan dengan musim pertama, namun berbeza jalan ceritanya.

Kredit: Utusan Harian I Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas