Connect with us

Oh! Media

Najwa Latif Suruh Suami Tidur Bilik Lain Hanya Kerana Kongsi Satu Gambar Kahwin Je Dekat IG

najwa latif

Oh! Artis

Najwa Latif Suruh Suami Tidur Bilik Lain Hanya Kerana Kongsi Satu Gambar Kahwin Je Dekat IG

Penyanyi Najwa Latif telah baru-baru ini sudah selamat bergelar isteri kepada rapper, Akwa Arifin selepas diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 11 November lalu.

ADVERTISEMENT

BACA: “Know-Know Kahwin” – Najwa Latif Sah Jadi Isteri Akwa Arifin

Berita gembira itu telah dikongsikan oleh penyanyi lagu Cinta Muka Buka itu selepas memuat naik hantaran foto majlis pernikahan di laman Instagram sekaligus mengejutkan industri hiburan dan para peminat.

Baru-baru ini, tular pula di laman TikTok video memaparkan Najwa atau lebih mesra disapa Wawa yang dilihat menegur suaminya kerana hanya memuat naik sekeping foto majlis perkahwinan mereka.

Cuba bukak awak punya IG, satu je beb.. satu je beb gambar dia. Okay..

@ekeqekek Sebelum & Selepas. Senang beb buat assignment satu jer submit 🤣 #wawaakwagrad ♬ original sound – FANS WAWA

Susulan itu, Wawa yang kononnya masih merajuk dengan Akwa gara-gara ‘posting’ di Instagram itu sempat berseloroh meminta suaminya untuk tidur di bilik berasingan ketika sedang berbulan madu.

So ni adalah bilik Akwa sebab dia pun post gambar dua je, so tak payah la eh. Ini bilik saya, mewah bukan..

@ekeqekek Replying to @za 🦋 ♬ original sound – FANS WAWA

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat gelagat pasangan pengantin baharu itu bergurau senda.

Malah, ada juga segelintir netizen yang turut ‘tumpang’ gembira melihat Wawa yang dahulunya selalu menggelarkan dirinya ‘President of Single’ kini sudah bahagia mendirikan rumah tangga.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas