Connect with us

Oh! Media

Nafi Rumah Disita, Che Ta Seloroh Tidur Atas Pokok Jika Betul!

che ta

Oh! Artis

Nafi Rumah Disita, Che Ta Seloroh Tidur Atas Pokok Jika Betul!

Ada macam-macam cerita kita dengar dan baca tentang Rozita Che Wan atau mesra dipanggil Che Ta sekarang ni. Apapun, tuan badan menafikan dakwaan yang tular di media sosial bahawa kediamannya di Kota Damansara telah disita oleh pihak MARA.

Memetik laporan Kosmo, Che Ta menjelaskan dia dan keluarganya masih tinggal di rumah tersebut, sambil meminta orang ramai agar tidak mudah percaya dengan berita di media sosial.

IKLAN
che ta

Sekarang tinggal dekat rumahlah, dekat mana lagi? Takkan atas pokok pula. Semua komen itu tidak betul, rumah saya tak kena sita pun.- Jelasnya dalam satu siaran langsung.

Dalam pada itu, Che Ta turut mengingatkan semua pihak agar tidak terus mempercayai khabar angin tanpa usul periksa.

Kalau rumah kena sita, saya tidak tidur di rumah, tidur atas pokok. Tapi jangan risau, saya okey sahaja. Dalam dunia ini, semua orang ada ujian masing-masing. Kalau kuat iman, apa pun cabaran kita boleh harungi.- Jelasnya.

Che Ta akan beri kenyataan rasmi

Che Ta juga menyatakan bahawa beliau akan memberi penjelasan rasmi tidak lama lagi kerana terdapat beberapa fakta yang dilaporkan tidak tepat.

Beliau menegaskan tidak marah jika berita tentangnya dilaporkan tetapi kecewa jika ia berunsur fitnah.

Ada yang betul, ada yang tidak. Saya tunggu masa sesuai untuk bersuara. Biar orang buat pahala untuk kita dulu.- Katanya lagi.

Sebelum ni, kediaman Che Ta didakwa diserbu pegawai MARA, peguam dan wakil mahkamah atas tuduhan gagal melunaskan pinjaman hampir RM1 juta yang dibuat pada 2017.

#OhmediaNasihat

Dalam dunia media sosial, berita palsu boleh tersebar dengan pantas. Sebelum percaya atau menyebarkan sesuatu, pastikan sumber berita adalah sahih.

Kita juga perlu berhati-hati agar tidak menjadi penyumbang kepada penyebaran fitnah. Ingat, menyebar aib atau berita palsu hanya mendatangkan dosa dan memecahbelahkan masyarakat!

che ta

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: kosmo


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas