Connect with us

Oh! Media

ardell aryana

Oh! Artis

Nadzmi Adhwa Dan Ardell Aryana Bercerai? Tuan Badan Tampil Bersuara

Siapa ingat lagi dengan isu viral melibatkan pasangan pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana? Semasa mereka akad nikah pada 2019, tersebar video menunjukkan Ardell terketar tangan semasa sesi menyarungkan cincin.

BACA: “Saya Tak Kisah Anda Buat Parody Untuk Jadi Bahan Gelak Tawa, Cuma Jangan HINA Isteri Saya” – Nadzmi Adhwa

IKLAN

Terbaru, ada pula dakwaan menyatakan rumah tangga pasangan ini sedang bergolak sehingga bercerai. Biar betul? Menjawab kepada dakwaan itu, ini respon tuan badan sendiri!

“Kami bahagia, tiada masalah pun”

nadzmi

Lapor HibGlam, Nadzmi dan isterinya masih bahagia bersama dan tidak menghadapi sebarang masalah besar seperti yang digembar-gemburkan.

Apa yang tersebar adalah tidak benar dan fitnah semata-mata guys! Jelasnya, fitnah bermula apabila individu tidak bertanggungjawab menggunakan clickbait untuk mengumpan orang ramai menekan pautan mereka.

Apabila keluar di carian TikTok, ia disebabkan orang suka tengok (perceraian artis). Kalau taip nama artis, mesti kata bercerai. Inilah yang dikatakan fitnah sebab benda ini memang tak betul. Realitinya kami bahagia, tiada masalah pun. Kami aman.

Tambahnya lagi, pergaduhan kecil antara suami isteri adalah perkara biasa dalam sesebuah rumah tangga, namun ia bukan bermaksud hubungan mereka sudah berakhir.

Nadzmi turut mengakui bahawa dakwaan ini memberi kesan kepada dirinya apabila ahli keluarga pun percaya. Sampai mereka dihubungi berkali-kali untuk bertanyakan kesahihan berita itu.

Nak kahwin bukan senang, penat-penat bina masjid, takkan tiba-tiba nak cerai pula. Minta dijauhkan.

Tak mahu terlalu menonjol, bimbang penyakit ain

nadzmi adhwa

Dalam pada itu, Nadzmi turut menyuarakan kebimbangannya terhadap penyakit ain yang mungkin memberi kesan kepada keluarganya.

Ada sakit itu, sakit ini, jadi penyakit ain itu kemungkinan pun ada. Jadi kami ambil pendekatan untuk tidak terlalu menonjolkan kebahagiaan. Kami pilih privasi.

Sebab itulah, dia dan Ardell mengambil pendekatan untuk lebih menjaga privasi kehidupan mereka.

Akhir sekali, Nadzmi berharap agar netizen tidak mudah percaya dengan gosip di media sosial dan mendoakan kebahagiaan rumah tangganya bersama Ardell serta anak-anak mereka.

#ApaKataOhmedia

Sedangkan lidah lagi kan tergigit, ini pula pasangan suami isteri kan? Normal la jika ada berlaku salah faham atau pergaduhan kecil. Apa yang penting, selesaikan masalah secara matang dan harmoni.

Bagi netizen pula, janganlah mudah percaya khabar angin yang tersebar. Apa-apa pun kita doakan je yang baik-baik buat mereka.

ardell aryana

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: HibGlam


Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas