Connect with us

Oh! Media

“Muka Hodoh Hitam Hidung Besar Pun Boleh Jadi Heroin”, Nabila Razali Kecewa

Oh! Artis

“Muka Hodoh Hitam Hidung Besar Pun Boleh Jadi Heroin”, Nabila Razali Kecewa

Kalau sebut pasal Nabila Razali, mesti tak lari dari kecaman. Ada je yang tak kena dekat mata netizen. Terbaru, Nabila sekali lagi dikecam netizen melalui Direct Message di Instagram.

ADVERTISEMENT

Melalui screenshot yang dikongsi Nabila di laman Twitternya, individu tersebut bukan sahaja guna bahasa-bahasa kesat, panggilan yang mengaibkan, tapi juga menghina Nabila secara direct. Eh, tipulah kalau tak terasa lepas dapat text yang macam tu.

Dari tweet Nabila pun dah tahu yang dia sangat kecewa dengan individu tersebut. Yelah, tujuh tahun dalam industri bukannya satu tempoh yang sekejap. Kalau ikutkan, Nabila pun dah banyak improve dari dulu. Kalau tak, takkan lah dia masih dapat kepercayaan untuk berlakon dan menyanyi, kan?

“Saya berharap tiada lagi kecaman dan maki hamun seperti ini pada masa akan datang. Saya terlalu sibuk memikirkan soal kerjaya dan kehidupan. Saya juga ingin memohon maaf sekiranya pernah mengguris hati sesiapa tanpa sedar sepanjang bergelar anak seni.” – kata Nabila.

Haih, manusia kalau hati dah busuk, memang macam ni lah perangai. Dah lah text pun pakai fake account. Sudah-sudahlah tu dengki dengan orang lain. Orang tu pun tak kacau kita. Nanti tak pasal-pasal kena cari Nabila kat padang mahsyar. Haa, naya.

Kredit: Berita Harian, Twitter Nabila Razali

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas