Connect with us

Oh! Media

Nabila Huda Dedah Ada Individu Ugut Culik Anak Perempuannya

Oh! Artis

Nabila Huda Dedah Ada Individu Ugut Culik Anak Perempuannya

Pelakon Nabila Huda meluahkan rasa kegusaran apabila ada individu yang tampil membuat ugutan culik terhadap anak perempuannya, Keisha Laila.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Utusan, ugutan itu telah membuatkan Nabila Huda berkita-kira untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang terlibat.

Sebagai ibu, tentu saya risau akan keselamatan Keisha dan keluarga. Terfikir juga, apa salah aku? Adakah aku pernah menyakiti hati sesiapa atau ada musuh dengan sesiapa?

Maklum sajalah, mana tahu waktu muda dulukah, mungkin saya ada buat khilaf dan sebagainya terlupa minta maaf. Tapi kalau individu yang buat ugutan itu kononnya marah hanya disebabkan isu saya berpakaian kebaya, keterlaluanlah.

Dari dulu Malaysia dan Indonesia asyik nak bergaduh soal budaya. Perbalahan ini bagai tak pernah habis sedangkan kita sesama Melayu sendiri harus bersatu. Sebab itulah, saya malas nak layan hal ini.

Ujarnya lagi, dia enggan terlalu memikirkan mengenai soal itu kerana perlu keluar mencari rezeki dan enggan selamanya hidup dalam ketakutan.

Sebelum ini, Nabila Huda ada membuat satu hantaran di media sosial di mana dia mendedahkan bahawa telah menerima satu ugutan daripada seorang individu misteri yang mahu menculik anak tunggalnya itu.

Nabila berkata dia tidak berbincang mengenai perkara itu dengan suami kerana tidak pasti sejauh mana individu itu benar-benar mahu melakukan perkara itu.

Saya anggap sajalah individu itu mungkin kurang kasih sayang dan disebabkan itu dia mencari perhatian orang ramai dengan mencipta kebencian seperti itu di media sosial.

Nak pergi ke mana-mana pun memang dengan Keisha dengan kami. Insyallah kita sama-sama berdoa supaya Allah sentiasa lindungi kami sekeluarga daripada perkara buruk.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas