Oh! Artis
Nabil Ahmad Dan Rakan Konti ‘Video Call’ Dengan Isteri Tapi Ternampak Aurat Undang Kecaman Ramai
Nama pelawak dan pengacara Nabil Ahmad sekali lagi menjadi bualan hangat netizen selepas dia didakwa cuai menjaga aurat isterinya, Zira Ayub.
Menerusi video yang dimuat naik, Nabil Ahmad dilihat bersama rakan penyampai radionya sedang membuat panggilan video bersama isteri, Zira Ayub.
Isterinya dilihat sedang sibuk membungkus nasi kandar yang dibuatnya.
Nabil Ahmad dikatakan cuai jaga maruah isteri

Namun, apa yang mencuri perhatian adalah bahagian rambut dan leher Zira yang kelihatan dalam video tersebut.
Ruang komen posting tersebut dihujani dengan pelbagai komen dan ada juga yang melabel Nabil sebagai suami dayus kerana membiarkan aurat isterinya dilihat orang lain.
Respon netizen

Netizen turut mengingatkan Nabil untuk sentiasa menjaga kehormatan dan maruah seorang isteri.
Ada juga yang menasihati pengacara berusia 41 tahun itu untuk lebih peka dan berhati-hati dalam berkongsi apa-apa kandungan di media sosial supaya tidak mengundang fitnah.
#OhmediaNasihat
Media sosial adalah platform yang sangat terbuka dan mudah menjadi tempat fitnah. Kita perlu berhati-hati dengan apa yang dikongsi supaya tidak menjejaskan privasi keluarga. Hormati maruah orang tersayang dan sentiasa fikirkan kesannya sebelum memuat naik sebarang kandungan.
