Connect with us

Oh! Media

“Mungkin Saya Perlu Kawal Setiap Gambar Yang Nak Dimuat Naik Di Media Sosial” – Wany Hasrita

Oh! Artis

“Mungkin Saya Perlu Kawal Setiap Gambar Yang Nak Dimuat Naik Di Media Sosial” – Wany Hasrita

Penyanyi popular Wany Hasrita, 29, berkata “pada awalnya memang tak beritahu ibu pun,” mengulas kenyataan yang dibuat ibunya yang terkejut selepas mengetahui foto anaknya yang disalahgunakan sesetengah individu untuk tujuan tidak bermoral.

ADVERTISEMENT

Wani ketika dihubungi berkata, dia sudah pun menjelaskan perkara yang sebenar kepada ibunya selepas perkongsian mengenai video yang tidak senonoh itu tular di media sosial.

“Sejak saya mula keluarkan video itu di Insta Story, saya beritahu ibu juga dan dia pun sangat tenang mendengar segala penjelasan yang dibuat.

“Apapun, saya bersyukur kerana ramai yang sayang serta menolong saya membuat laporan kepada Twitter terhadap video dan akaun itu,” katanya.

Wany turut menjelaskan bahawa dia selepas ini perlu berhati-hati dan menjaga diri seperti apa yang sering dinasihati oleh ibunya supaya tidak berlaku isu seperti ini lagi.

“Mungkin saya yang perlu kawal setiap gambar nak dimuat naik di media sosial. Kita manusia akhir zaman, akan tetap wujudnya orang yang tak sihat begini.

“Walaupun, foto yang saya kongsikan itu sudah tutup apa yang sepatutnya ditutup, tidak menampakkan sebarang bentuk pun, tapi masih menjadi bahan juga.

“Apapun, saya doa yang baik-baik saja semoga tidak terkena lagi benda-benda begini baik pada diri sendiri mahupun semua wanita lain di luar sana,” katanya lagi.

Perkara ini terjadi apabila baru-baru ini, tular satu video di Twitter yang mempamerkan seorang individu lelaki menggunakan gambar Wany Hasrita untuk memuaskan nafsunya dan berkongsi di media sosial.

Susulan perkara itu Wany meminta orang ramai untuk membantunya dengan membuat laporan ke atas akaun Twitter tersebut untuk dipadamkan.

Kredit : HarianMetro

Teruskan membaca..
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas