Connect with us

Oh! Media

Wany Hasrita Dikecam Tidak Sensitif Terhadap Isu Palestin

Trending

Wany Hasrita Dikecam Tidak Sensitif Terhadap Isu Palestin

Seperti semua tahu, Ketika isu rakyat Palestin yang bergolak sedang hangat diperkatakan, Wany Hasrita menerima kecaman daripada netizen kerana tidak sensitif, melancarkan single terbaru beliau pada waktu ini.

ADVERTISEMENT

Rata-rata netizen menganggap bahawa sekarang bukan waktu yang sesuai untuk Wany melancarkan single ‘Pedas’ ketika seluruh dunia sedang mengenang nasib rakyat Palestin yang sedang bertarung dengan rejim Zionis.

Wany Hasrita, 31, pernah memenangi Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31 itu, juga dituduh tidak peka dengan situasi yang dihadapi rakyat palestin ketika ini.

Bagaimanapun, Wany tampil menjelaskan bahawa pelancaran single Pedas sudahpun dibuat sebelum bulan Ramadhan lagi.

“Sebenarnya hati saya bercampur-baur ketika meneruskan hasrat melancarkan single ini. Saya faham dan tahu mengenai pergolakan yang berlaku di Palestin.

“Saya ada terima mesej langsung di Instagram (IG) yang memberi pandangan sekarang bukan masa sesuai untuk melancarkan lagu baharu.

“Namun, perancangan dalam karier seni sudah dibuat sejak beberapa bulan lalu dan diputuskan single Pedas dilancarkan, malam kelmarin.

“Malah, kami ada berbincang untuk menangguhkannya. Namun, saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana membabitkan ramai pihak.

Wany telahpun menangguh promosi single Pedas di dalam sosial media sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

“Proses muat naik video di YouTube juga tidak boleh ditarik sesuka hati,” katanya.

“Dunia mendapat perkhabaran gembira apabila diumumkan gencatan senjata antara Palestin dan Israel. Selepas 11 hari bergolak, rakyat Palestin akhirnya dapat beraya.

“Namun, siapa sangka, ketenangan itu hanya sementara. Tentera Israel kembali melancarkan serangan di beberapa lokasi.

“Saya pula melancarkan lagu pada jam 8 malam kelmarin. Namun, tidak sampai sejam single dilancarkan, Palestin dilaporkan kembali bergolak.

“Luluh hati saya antara hendak mempromosikan lagu ini dan terus menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin,” katanya.

Wany juga berkata, apa yang boleh dia lakukan sekarang adalah menangguhkan urusan promosi Pedas melalui media sosial.

“Saya teruja berkongsi lagu ini. Apatah lagi, saya belum pernah menghasilkan lagu pop sebelum ini.

“Namun, atas perkembangan yang berlaku di Palestin, saya tidak boleh mementingkan diri sendiri.

“Saya jadi marah dan geram kenapa rejim Zionis terus bersikap kejam dan tidak berperikemanusiaan,” katanya yang menghargai sokongan peminat yang berkongsi lagu baharu itu dalam media sosial.

Lagu Pedas ciptaan Shazee dan lirik dihasilkan Altimet turut menampilkan Sophia Liana daripada kumpulan DeFam.

Kredit : BeritaHarian

Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas