Connect with us

Oh! Media

Muat Naik Video Sumbang ‘Muah Muah Raya’ Di YouTube, Dato’ Seri Vida Mengaku Tak Bersalah

Oh! Artis

Muat Naik Video Sumbang ‘Muah Muah Raya’ Di YouTube, Dato’ Seri Vida Mengaku Tak Bersalah

Lah rupanya jutawan kosmetik terkenal yang didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang sekitar pagi tadi tu merupakan Datuk Seri Vida. Ingatkan siapalah tadi.

ADVERTISEMENT

BACA: Jutawan Kosmetik Wanita Muat Naik Kandungan Sumbang Didakwa Hari Ini

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 51, didakwa atas tuduhan memuat naik hantaran yang mengandungi elemen sumbang dalam satu video muzik ‘Muah-Muah Raya’ pada April yang lalu.

Vida selaku orang kena saman (OKS) walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa memuat naik video yang bersifat sumbang itu dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain dengan menggunakan akaun YouTube ‘DSV Entertaiment’.

Mengikut pertuduhan, tertuduh akan didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum bawah seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu, konsep video muzik yang diketengahkan usahawan itu dikritik netizen selepas menganggap video tersebut seolah-olah tidak menghormati perayaan Aidilfitri apabila ia kelihatan seperti menampilkan unsur ‘drag queen’.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas