Connect with us

Oh! Media

“Bab Artis Cepat Je Korang Nak Komen”, Michael Ang Pertikai Teguran Diberi PU Rahmat

Oh! Artis

“Bab Artis Cepat Je Korang Nak Komen”, Michael Ang Pertikai Teguran Diberi PU Rahmat

Baru pagi tadi ohmedia kongsikan dengan korang satu perkongsian dari PU Rahmat Ikhsan tentang trend lamaran secara terang-terangan. Yelah, baru-baru ni kan Kamal Adli baru sahaja melamar Uqasha Senrose secara live. Jadi PU Rahmat berilah sedikit komen dan teguran tentang perkara tersebut, tapi penuh dengan cara yang berhemah.

ADVERTISEMENT

Ingatkan semua boleh terima secara positif, tapi ada juga rupanya yang tak bersetuju dengan tindakan PU Rahmat. Pengarah terkenal, Michael Ang ada upload satu video di Instagramnya dan meluahkan ketidakpuasan hatinya dengan apa yang berlaku. Katanya, para netizen yang minta dia komen hal tersebut.

Kata Michael, dia betul-betul tak faham kenapa PU Rahmat nak tegur perkara tersebut sedangkan Kamal hanya mengajak Uqasha untuk membina masjid, bukannya buat maksiat. Jadi, apa yang salahnya? Tambah pula apa yang Kamal buat, bagi Michael merupakan sesuatu yang sweet untuk mereka kenang nanti.

“Tak tengok ke live tu? Kan Kamal dah kata dia dah minta kebenaran daripada family Uqasha untuk buat itu semua?” – katanya.

Yang buat Michael lagi bengang bila tengok trend pendakwah sekarang yang hanya buat teguran kalau artis yang buat hal. Kalau geng-geng PU atau Da’i yang buat masalah, senyap. Tiada sebarang komen pun. Michael juga turut mempersoalkan yang mungkin PU beri teguran hanya untuk tumpang populariti artis sebab tahu ia akan diviralkan oleh netizen.

“Bila bab artis je buat sesuatu benda, cepat je korang nak komen. Sebab apa? Sebab kalau korang komen artis, cepatlah korang boleh jadi famous. Diorang akan viralkan sebab korang cakap pasal artis.”

“Tapi yang aku tak faham bila bab seangkatan korang buat hal, senyap je korang. Kau diam je. Kenapa ya?” – luah Michael.

Hm, tak salah nak beri pendapat tapi tak perlu rasanya untuk buat kesimpulan sendiri, kan? Lagipun apa yang PU Rahmat tulis, hanya untuk beri perkongsian ilmu secara umum. Tapi, itulah. Lain orang, lain interpretasinya. Tapi jangan cakap banyak sangat. Takut nanti termakan dengan kata-kata sendiri.

Kredit: Instagram Michael Ang

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas