Connect with us

Oh! Media

Menteri Komunikasi Sudah Bersuara! Setuju Filem Kontroversi ‘Pulau’ Tidak Sesuai

Menteri komunikasi fahmi pulau ohmedia

Oh! Artis

Menteri Komunikasi Sudah Bersuara! Setuju Filem Kontroversi ‘Pulau’ Tidak Sesuai

Ramai yang bengang dengan filem kontroversi ‘Pulau’ ni. Walaupun baru keluar trailer tapi kandungan dalam tu sudah cukup membuatkan orang rasa marah kerana ia tidak sesuai untuk tontonan kita.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut sudah bersuara dan berpandangan filem ini tidak sesuai untuk ditayangkan.

Trailer yang dikeluarkan akan ditarik semula…

Pandangan saya mungkin kita kena teliti semula beberapa SOP kerana jelas di sini telah berlaku satu pelanggaran dan saya difahamkan dari segi kelulusan LPF itu telah diberi pada bulan September tahun lalu, sebelum saya jadi menteri, sebelum kerajaan yang ada sekarang ini.

Fahmi yang melihat kandungan dalam trailer itu berpandangan ianya tidak sesuai dan beliau sendiri sudah berhubung dengan pihak Golden Screen Cinemas (GSC) dan pihak penerbit memaklumkan akan menarik balik trailer berkenaan.

IKLAN

Kaji dan rombak semula SOP…

Bagi saya, saya telah minta pihak Finas untuk di masa hadapan, perkara ini perlu kami teliti, kaji semula dan rombak SOP. Kami tak nak jadi seperti ini, kelulusan itu diberi tanpa penelitian yang lebih khusus, saya rasa perlu ada penelitian.

Sebelum ini, pihak Finas memaklumkan mereka tidak bertanggungjawab memberikan kelulusan tayangan filem kerana ia terletak di bawah kuasa Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Kredit: MYKMU.NET

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas