Connect with us

Oh! Media

Melodi Akhirnya Jumpa Pengganti Untuk Awal Ashaari Dan Janna Nick

Oh! Artis

Melodi Akhirnya Jumpa Pengganti Untuk Awal Ashaari Dan Janna Nick

Sebelum ini pihak Molodi telah mengumumkan sedang mencari pengganti Awal Ashaari dan Janna Nick untuk mengacara program itu dan akhirnya pelakon, Nabila Huda telah dipilih.

ADVERTISEMENT

Memetik dari laporan Harian Metro, mereka telah menerima jemputan media yang memaklumkan TV3 akan mengadakan sidang media pada Isnin ini untuk mengumumkan pengacara baru program Melodi, Muzik dan Nona.

Media Prima pada waktu ini sedang melakukan rombakan penyiaran yang bermula pada Ogos ini membabitkan tiga program di atas.

Menariknya, Nabila Huda turut akan ada bersama dalam sidang media terbabit dalam sesi Melodi. Bukan itu sahaja, pelakon Mira Filzah turut diumumkan sebagai pengganti pengacara Nona dan penyanyi Sissy Imann akan mengacara program Muzik-Muzik.

Jadi, peminat-peminat Awal dan Janna bolehlah saksikan Melodi pada hari Ahad yang merupakan penampilan terakhir mereka sebagai pengacara Melodi.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca yang di Facebook Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas