Connect with us

Oh! Media

Marissa Dania Mohon Hentikan Fitnah Terhadap Suaminya

abby abadi

Oh! Artis

Marissa Dania Mohon Hentikan Fitnah Terhadap Suaminya

Marissa Dania, anak kepada pelakon Abby Abadi akhirnya tampil bersuara berhubung isu yang melibatkan dirinya dan suaminya, Aslam.

Dalam kenyataan yang dimuat naik di aplikasi Threads, Marissa tampil mempertahankan suaminya sambil memohon agar ibunya berhenti menyebarkan dakwaan yang tidak benar di media sosial.

IKLAN

Marissa tetap hormat ibunya…

Menerusi perkongsian tersebut, Marissa mengakui bahawa sebagai anak, dia tetap menghormati dan menyayangi ibunya, namun dalam masa yang sama berasa perlu untuk menjelaskan perkara sebenar bagi menghentikan fitnah yang tersebar.

Saya menulis ini dengan hati yang sangat berat. Sebagai anak, saya tidak pernah berhenti sayang dan hormat pada ibu saya. Tapi untuk hentikan segala ruang fitnah.

Menurutnya, suaminya telah digelar dengan gelaran yang tidak berasas dan sangat menjijikkan seperti ‘pedofilia’, sedangkan dakwaan itu langsung tidak benar.

Di sini saya ingin menjelaskan, as a human being, and as a wife who knows the full truth behind the story. Saya ingin tegaskan bahawa tuduhan itu tidak benar sama sekali.

Marissa turut menegaskan bahawa hubungannya dengan Aslam terjalin atas dasar persetujuan bersama dan dia bukan mangsa seperti yang digambarkan.

Yes, we were friends, but we weren’t in a relationship a few years ago. Dia bukanlah lelaki yang sempurna, tapi dia bukan penjenayah.

We were married with mutual consent and willingness. I’m not a victim, despite what’s being said.

Di akhir kenyataannya, Marissa merayu agar segala ketidakpuasan hati dapat diselesaikan secara tertutup tanpa melibatkan media sosial yang akhirnya menjejaskan nama baik orang lain.

Terdahulu, Abby Abadi dalam beberapa kenyataan mendakwa tidak pernah menerima permohonan maaf daripada Aslam dan mendedahkan suaminya pernah menampar Aslam kerana isu hubungan dengan Marissa ketika masih di bawah umur.

Pssttt! Dalam setiap konflik keluarga, lebih baik ia diselesaikan secara tertutup dan penuh hikmah. Media sosial bukanlah tempat yang sesuai untuk membuka aib atau menyebarkan ketidakpuasan hati kerana ia hanya akan memburukkan keadaan dan menjejaskan lebih ramai pihak.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh! Podcast

Tonton di YouTube

Popular Bulan Ini

Ke Atas