Oh! Artis
“Mantap Mek Kelate Kito” – Penampilan Sabronzo Cetus Kritikan Netizen
Penampilan Sabronzo cetus kritikan netizen, siap ada kaitkan dengan asal usul!
Anggota kumpulan Dolla, Sabronzo sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila memuat naik foto seksi di Instagram.
Dalam perkongsian itu, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli dilihat mengenakan dres singkat menampakkan bahagian belakang badan dan pahanya.
Gambar seksi Sabronzo undang pelbagai reaksi

Hantaran berkenaan mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen apabila segelintir meluahkan rasa kurang senang dan kesal terhadap penampilan penyanyi itu yang dilihat semakin seksi.
Astaga. Serammnya.
Mantap mek kelate kito
Namun di sebalik kritikan yang diterima, tidak kurang juga peminat yang tampil mempertahankan Sabronzo.
Ada yang meluahkan rasa kagum terhadap bentuk tubuh badannya yang langsing dan berpendapat penampilan tersebut adalah pilihan peribadi penyanyi itu sendiri.
Sebagai info, Sabronzo telah mendirikan rumah tangga bersama seorang DJ dan penerbit muzik elektronik dari Belanda yang juga merupakan ahli utama kumpulan terkenal, Dash Berlin.
Pssttt! Isu penampilan artis bukan perkara baharu dan sering mengundang pelbagai komen. Apa pun, kritikan yang disuarakan wajar disampaikan secara berhemah, tanpa perlu menjatuhkan maruah seseorang.
Kredit: Instagram Sabronzo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM