Connect with us

Oh! Media

Makin Panas! Diva AA Berang Dituduh Hina Islam Oleh Roslan Shah

diva aa

Oh! Artis

Makin Panas! Diva AA Berang Dituduh Hina Islam Oleh Roslan Shah

Pelakon, Roslan Shah sebelum ini meluahkan rasa kecewanya terhadap pengacara sensasi, Diva AA atau Azwan Ali kerana mempersoal tujuannya menunaikan Umrah di Tanah Suci.

ADVERTISEMENT

Azwan Ali atau Diva AA ada keluarkan satu persoalan di media sosial tentang tujuan Roslan yang menunaikan ibadah umrah di Tanah Suci sama ada dirinya mahu membuat ibadah ataupun melakukan maksiat.

Disebabkan itu, Roslam menganggap Diva AA telah membuat satu tuduhan melampau dan menghina agama Islam.

Diva AA akan ambil tindakan undang-undang pula….

Tidak mendiamkan diri, Diva AA tampil berkata kepada pihak media bahawa dirinya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kerana dakwaan yang tidak berasas.

Memetik laporan Utusan, Diva AA meluahkan hal tersebut di platform media sosialnya dan merasakan tuduhan dibuat oleh rakan selebriti itu mencalarkan imejnya.

Jangan jadi artis yang tidak boleh terima teguran. Saya ada hak untuk tegur apa sahaja isu timbul di Malaysia.

Tambahan lagi, dia sama sekali tidak takut dengan kata-kata Roslan dan dirinya hanya takut kepada Allah SWT.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas