Sebut sahaja nama Neelofa pasti ramai mengenali selebriti cantik yang boleh dikatakan sering terpalit dengan pelbagai kontroversi sejak kebelakangan ini.
BACA: “Itu Semua Sebab Dia Derhaka”- Neelofa Jawab Tuduhan Inai Keluarannya Tak Jadi
Tak habis lagi dengan isu inai, timbul pula isu gaya pemakaian diperagakan Neelofa yang menjadi bualan netizen.
Fesyen Neelofa jadi bualan di netizen
Tular satu ciapan dibuat pengguna bernama @lilacfla di Twitter mengenai gaya serta penampilan yang ditonjolkan isteri kepada PU Riz itu.
Menerusi ciapannya, pengguna Twitter berkenaan mempersoalkan gaya pemakaian Neelofa sebagai niqabis yang dianggap keterlaluan.
Dalam gambar itu, kelihatan Neelofa memakai kasut tumit tinggi beserta jubah berkilat.
Respon netizen
Perkongsian itu mendapat pelbagai respon dari warganet. Ada yang menyokong ciapan dibuat pengguna itu serta ada juga yang mempertahankan Neelofa.
Apa pendapat korang pula? Over ke penampilan Neelofa ni?
Kredit: Twitter lilacfla
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media