Connect with us

Oh! Media

“Itu Semua Sebab Dia Derhaka”- Neelofa Jawab Tuduhan Inai Keluarannya Tak Jadi

Oh! Artis

“Itu Semua Sebab Dia Derhaka”- Neelofa Jawab Tuduhan Inai Keluarannya Tak Jadi

Kecoh betul sekarang ni tentang Innai NunHa keluaran Neelofa ni. Ini selepas ada yang meluahkan rasa kecewa mereka dan mendakwa warna inai yang terhasil tidak seperti yang digambarkan dalam iklan.

ADVERTISEMENT

Nampak macam lebam tersepit pintu pun ada. Jadi apa kata Neelofa?

Tak berdiam diri, Neelofa dalam satu video mengatakan perkara itu terjadi kerana mereka menderhaka dan langgar pantang Innai NunHa.

Ada hamba Allah ini, dahlah tak ikut instructions, pantang larang, derhaka ukuran air, derhaka semua. Tapi, tak jadi sebab. Tak keluar warna inai dia. Itu sebab dia derhaka.

Neelofa turut meluahkan rasa kecewa bila ada orang sengaja ingin memburuk-burukkan produknya. Dia menganggap apa yang berlaku ini kerana mahu menutup periuk nasi seseorang.

@ainholib Replying to @cikpiey Penjelasan daripada founder Innai Nunha. Semoga Allah permudahkan segala urusan kami 🤗 #innainunha#fyp#innaineelofa#innainunhaneelofa ♬ original sound – Ain Holib

Lepas tu upload video di TikTok. Sebab dia, video-video itu membuatkan orang tak percaya atau menutup periuk nasi orang lain. Sebenarnya, ia sangatlah tidak baik.

Kita sebenarnya ini, semuanya sama mencari rezeki. Tapi disebabkan dia berniat tidak baik untuk war-warkan inai ini tak jadi pun. Padahal dia tak tahu cara pakai yang betul.

Ohmedia tak dapat nak komen lebih sebab tak cuba pun lagi pakai inai Neelofa ni. Apapun, kalau betul ada masalah tentang inai tu boleh lapor terus ke Neelofa atau team diorang dulu kot sebelum kasi viral.

Kredit: Twitter | TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

Ke Atas