Oh! Artis
“Mak Tiri Layan Elok Pun Kena Kecam?” – Fizi Ali ‘Naik Angin’ Balas Tuduhan Bekas Isteri, Shakilla Khoriri
Penyampai radio popular, Fizi Ali ‘meletup’ dan tampil mempertahankan diri serta isterinya susulan dakwaan yang tular dari bekas isteri, Shakilla Khoriri.
Melalui perkongsian panjang lebar di Instagram, Fizi menyuarakan rasa kecewa apabila dirinya dan isteri sering kali menjadi sasaran kecaman netizen walaupun sudah cuba menjaga anaknya, Ameena dengan baik.
Dakwaan mak tiri daftar sekolah tak masuk akal

Isu mula tercetus apabila timbul dakwaan bahawa isteri Fizi kini mendaftarkan anak tirinya ke sekolah, yang dianggap oleh Fizi sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.
Apa jadah bini aku nak daftarkan anak tiri dia? Macam tak masuk akal langsung… Korang percaya sebab dia mak?? Dia perempuan?? Habis tu isteri saya bukan perempuan?? Bukan mak??
Katanya, semua cerita dari ‘belah sana’ (merujuk kepada Shakilla) dipercayai bulat-bulat oleh orang ramai hanya kerana dia seorang wanita dan bergelar ibu.
Sindiran pedas, seru selesaikan di mahkamah bukan IG

Apa yang lebih menghangatkan suasana, Fizi turut menyindir tindakan bekas isterinya yang didakwa menjaja kisah rumahtangga di media sosial sambil mengambil peluang mempromosikan produk jualan seperti cili oil.
Menurutnya, hak penjagaan sepatutnya diselesaikan secara sah di mahkamah, bukan dijadikan tatapan umum di Instagram.
Malah, dia menjangka pihak sebelah sana mungkin akan bertindak membawa lari anak selepas posting tersebut dimuat naik.
Hantaran Shakilla Khoriri
Terdahulu, Shakilla Khoriri mendakwa tiada komunikasi yang baik di antara dirinya dan bekas suami, Fizi Ali berkaitan urusan anak.
Malah, dirinya seorang diri bertungkus lumus menyediakan keperluan anak tidak seperti yang ditonjolkan ‘pihak sana’.
Shakilla mula berang apabila penjaga lain yang bukan ibu bapa kandung didakwa cuba mengambil peranan sebagai penjaga utama dengan mendaftarkan sekolah anak.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM