Connect with us

Oh! Media

Maher Zain Puji Anwar Ibrahim, Kata Dunia Perlu Lebih Ramai Macam PMX

Ohmedia maher zain anwar ibrahim

Oh! Artis

Maher Zain Puji Anwar Ibrahim, Kata Dunia Perlu Lebih Ramai Macam PMX

Maher Zain kagum sikap Anwar Ibrahim bela Palestin, siap pesan dunia perlukan lebih ramai pemimpin sepertinya.

Kalau korang pernah tengok persembahan Maher Zain, mesti tahu betapa ikhlasnya dia bila menyentuh soal kemanusiaan. Baru-baru ni, semasa konsert solo Maher Zain The Live Experience di Idea Live Arena, penyanyi dari Sweden tu sekali lagi tunjuk sokongan padu terhadap Palestin.

Menariknya, Maher Zain turut sempat puji Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Katanya, dunia perlukan lebih ramai pemimpin macam Anwar yang berani bersuara menentang kekejaman Israel.

Maher Zain pesan untuk jangan lupakan Palestin…

maher zain

Dalam konsert yang berlangsung lebih dua jam tu, Maher nyanyikan beberapa lagu khas untuk Palestin. Tengah syahdu menyanyi, dia sempat beri pesanan tegas:

IKLAN

Jangan lupa apa yang berlaku di Palestin. Terima kasih kepada Perdana Menteri anda yang berdiri teguh mengecam kekejaman yang berlaku di Palestin. Kita perlu lebih ramai PM seperti anda.- Katanya.

Maher juga sempat bertemu Anwar Ibrahim secara bersemuka ketika solat Jumaat di Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, sehari sebelum konsert.

Alhamdulillah satu penghormatan buat kami. Sangat menakjubkan berjumpa dengan individu seperti beliau dan di bandar yang besar, di masjid dan beliau seakan melupakan mengenai kedudukannya dan kami hanya manusia.

Sangat menakjubkan melihat pada sikap rendah diri beliau, Masya-Allah. Anda semua bertuah.- Kata Maher.

Sambutan peminat Malaysia buat Maher terharu…

maher zain

Maher yang kali terakhir adakan konsert solo di Malaysia enam tahun lepas, nyata rasa macam balik kampung bila tengok sambutan ribuan peminat tempatan.

Saya rasa persembahan kali ini sangat hebat. Saya cintakan Malaysia, semua orang tahu itu. Mengenai konsert, saya sepatutnya lebih banyak berlatih berbahasa Malaysia.

Tapi Alhamdulillah saya tahu beberapa perkataan asas. Saya harap sebutan saya tidak terlalu janggal.- Katanya dengan senyuman.

Korang boleh bayangkan betapa meriahnya suasana malam tu, sampai Maher sendiri rasa Malaysia ni macam rumah kedua dia.

Pssttt! Bila artis luar pun kagum dengan sikap pemimpin kita yang lantang memperjuangkan isu Palestin, kita sebagai rakyat patut sama-sama teruskan sokongan. Jangan biar isu ni dilupakan begitu saja. Ingat korang, suara kecil bila bergabung boleh jadi lautan besar. Kalau bukan kita yang peduli, siapa lagi?

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas