Connect with us

Oh! Media

“Macam Gelandangan” – Bonda Rozita Perjelas Isu Pakej VVIP Tapi Baring Tepi Jalan

Oh! Artis

“Macam Gelandangan” – Bonda Rozita Perjelas Isu Pakej VVIP Tapi Baring Tepi Jalan

Umum mengetahui ibu kepada usahawan Datuk Aliff Syukri, Bonda Rozita telah mengerjakan ibadah haji beberapa hari yang lepas.

ADVERTISEMENT

BACA:Demi Mak Saya, Isteri Saya” – Aliff Syukri Menangis Teresak Lepas Kena ‘Sound’ Dengan Ibu

Namun, satu posting bergambar dirinya bersama Aliff duduk dan solat di tepi jalan telah menimbulkan tanda tanya netizen mengenai pakej VVIP yang diambilnya.

Hidup seperti gelandangan

gelandangan

Tak cepat melatah, ibu kepada Aliff Syukri itu memberitahu bahawa gambar tersebut diambil selepas sahaja dirinya melontar Jamrah.

Bonda mengatakan ramai yang masuk ke dalam khemah sebaik sahaja melontar. Namun, dirinya sendiri yang memilih untuk menjadi gelandangan bagi bermuhasabah diri.

Bonda bahagia tidur di atas plastik sampah dan memilih gelandangan untuk merasai ‘jiwa’, untuk memahami maksud muhasabah diri, banyak Allah bagi ilmu bersama guru bonda.

Apabila ditanya mengenai tidur di plastik sampah, Bonda memberitahu dirinya dalam keadaan penat dan memilih untuk bersandar di plastik sampah yang bersih.

Plastik sampah ni bersih je, Dia ialah beg plastik besar isi botol2 air mineral. Ni dekat melontar dik, Bonda tak reti nak explain sebab ia bukan travel kemewahan tapi travel jiwa mengenal rendah hati sebagai hamba kepada Allah.

Masyallah, kami doakan agar haji yang dikerjakan Bonda merupakan haji yang mabrur.

Kredit: Instagram | Murai

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas