
Oh! Artis
Luahan Terbaru Ibu Syamsul Yusof, Dedah Puteri Sarah Derita Hati Dah Bertahun
Oleh
Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pagi ini bagi sebutan kes nusyuz terhadap isterinya, Puteri Sarah.
BACA: “Saya Cuba Reda, Begitu Juga Dengan Dia” – Syamsul Tak Mahu Sakiti Perasaan Puteri Sarah
Puteri Sarah tak dapat hadir kerana berada di luar negara di atas urusan kerja. Susulan itu, Hakim Syarie Maizatul Aliza Che Din menetapkan 8 Mei untuk sebutan semula kes bagi membolehkan kedua-dua belah pihak menyertakan pembelaan.
“Puteri Sarah tanggung derita dah bertahun” – ibu Syamsul Yusof
Ibu Syamsul Yusof, Datin Patimah menerusi perkongsian di Instagram Story meluahkan rasa sedih dengan konflik yang menimpa anak menantunya. Beliau hancur hati mengenangkan akan kehilangan Puteri Sarah serta dua cucunya.

Beliau bagaimanapun berdoa semoga Allah SWT memberi kebahagiaan abadi untuk Puteri Sarah kerana derita yang dilalui menantunya itu bukan sehari dua tetapi sudah bertahun-tahun.
Aoa-apa pun semoga dipermudahkan urusan keluarga ini.
Kredit: Instagram dpatimah012
